Sewaan Fasiliti

Sewaan Fasiliti

Dimaklumkan bahawa Kolej Profesional Baitulmal (MAIWP) sebuah Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang telah ditubuhkan pada 23 April 1992. Kolej ini merupakan milik sepenuhnya Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

 

Matlamat utama penubuhan kolej ini adalah untuk melahirkan profesional muslim dan seterusnya meningkatkan taraf ekonomi umat Islam.

Terdapat pelbagai kemudahan dan bangunan yang boleh disewakan kepada organisasi-organisasi serta pihak awam.

Antara kemudahan tapak dan fasiliti yang disediakan :

      • Dewan peperiksaan (kapasiti 200 orang)

      • Dewan kuliah (kapasiti 150 orang)

      • Bilik kuliah (kapasiti 30 orang)

      • Studio (kapasiti 55 orang)

      • Makmal komputer (kapasiti 20 orang)

      • Bilik seminar

      • Bilik latihan korporat (kapasiti 20 orang)

      • Penggunaan LCD

      • Tapak ruang niaga / Booth
      • Tapak food truck

Antara kelebihan menyewa di Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur

        • Parking percuma

        • Kemudahan mesin ATM

        • Kemudahan kawalan keselamatan 24 jam

        • Kadar sewa yang berpatutan

        • Menerima LO/PO

    • Lokasi yang berdekatan dengan kemudahan awam (LRT/MRT Cochrane/Maluri, Masjid Imam Al Shafie & Kompleks Belia & Sukan Jalan Kampung Pandan dan Shopping Mall (Aeon Maluri, Ikea & Mytown)

Untuk maklumat lanjut sila hubungi :

  • 03-9281 4054
  • Puan Siti Hajar Binti Abdul Aziz (sitihajar@kpbkl.edu.my)
  • Puan Fakiroh Binti Shanon  (fakiroh@kpbkl.edu.my)

YBHG. DR. RUZIAH BINTI GHAZALI

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”

Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.

Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.