Pusat Wakaf Intelek KPBKL
KPBKL telah mendapat pengiktirafan daripada pihak MAIWP sebagai MUTAWALLI DANA WAKAF melalui surat kelulusan yang bertarikh 8 NOVEMBER 2018 – Ruj. MAIWP.(S)100-6/3/16(27). Pelaksanaan Wakaf Pendidikan di KPBKL dikhususkan untuk tujuan pendidikan dan kebajikan pelajar-pelajar dan warga kerja KPBKL.
Pusat Wakaf Intelek (PWI) KPBKL diwujudkan bagi memberi kemudahan kepada Syarikat korporat dan Masyarakat awam untuk berbakti menerusi amalan berwakaf.
PWI juga menerima sumbangan dana dalam bentuk wakalah zakat, infaq dan tanggungjawab sosial korporat (CSR) serta boleh bekerjasama dengan pihak penyumbang dalam penganjuran program bersama penerima manfaat.
PWI akan memastikan semua dana yang diwakafkan dan disumbangkan akan diuruskan mengikut hukum syarak dan undang-undang berkaitan.
Projek "BeKInD"
Projek “BeKInD” adalah inisiatif yang diperkenalkan oleh Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) pada pertengahan tahun 2022 dan kini menjadi agenda utama Pusat Wakaf Intelek. Projek ini bertujuan memperkukuh bantuan pendidikan kepada pelajar asnaf fakir, miskin, dan fisabilillah di KPBKL. Dana yang dikumpulkan akan disalurkan kepada pelbagai aspek pembangunan, termasuk pendidikan, fasiliti, teknologi maklumat, perpustakaan, surau, dan bilik kuliah pintar.
Bentuk Sumbangan
Wakaf Tunai bermaksud mewakafkan wang tunai kepada mana-mana pemegang amanah wakaf yang mana wang modalnya dikekalkan ke dalam bentuk aset yang kekal kemudian manfaatnya disalurkan kepada penerima wakaf (mawquf alaih).
Wakaf Khas pula bermaksud wakaf yang diwujudkan oleh pewakaf bagi tujuan manfaat tertentu untuk umat islam mengikut hukum syarak seperti mewakafkan tanah untuk tujuan masjid, surau, sekolah agama dan tanah perkuburan islam yang dikhususkan oleh pewakaf.
Wakalah Zakat merupakan dasar pemulangan wang zakat oleh Majlis Agama Islam kepada entiti yang membayar zakat kepada Pusat Zakat untuk diagihkan kepada asnaf yang layak. Entiti yang dibenarkan memohon untuk pengembalian wang zakat adalah kepada individu,syarikat atau organisasi,majikan dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT).
Infaq adalah sesuatu yang dikeluarkan oleh setiap orang yang beriman untuk memberikan kepadasesiapa sahaja. misalnya kepada orang tua,anak yatim dan rumah kebajikan dengan tujuan yang mulia.
Tanggungjawab Sosial Korporat bermaksud kewajipan pengurusan sesebuah organisasi untuk membuat keputusan dan mengambil tindakan yang akan membantu dalam kebajikan dan kebaikan kepada masyarakat dan juga organisasi.
Kaedah Sumbangan
This is the method of contribution used by the Intellectual Waqf Center, which involves QR barcodes and Touch ‘n Go e-wallet.
AKAUN INSTITUT PROFESIONAL BAITULMAL
1100392627 (Akaun Bank Rakyat)
JomPAY
BILLER CODE : 22780
Ref 1 : Jenis Wakaf
Ref 2 : No. Telefon
Hubungi Kami
- PUAN KASNIAH NENI (PENGARAH) : 019-2606778
- PUAN ZAITON OTHMAN (EKSEKUTIF) : 017-6690765
- 03-9281 4054 Ext : 2419/2407
- wakaf@kpbkl.edu.my
- wakaf.kpbkl.edu.my