No. Rujukan MQA | KPT/JPS(R/345/4/0685) MQA/FA4678(12/24) |
Tahap Kursus | Diploma /Tahap 4 Kerangka Kelayakan Malaysia (KKM) |
Bidang Program | 345 Pentadbiran dan Pengurusan (Management and administration) |
Bahasa Pengantar | Bahasa Melayu |
Kaedah Pengajaran | Konvensional |
Mod Program | Sepenuh masa |
Kaedah Pengajaran | Kuliah, tutorial, latihan ilmiah dan latihan industri |
Kredit Bergraduat | 91 kredit |
Tempoh Pengajian | 2 Tahun 6 Bulan (7 Semester) |
Diploma Pengurusan Haji Dan Umrah (DPHU) diperkenalkan di Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) bagi ambilan pertama April 2015. Sesuai dengan tujuan, objektif dan hasil pembelajaran program Diploma Pengurusan Haji Dan Umrah, diharapkan selepas mengikuti program ini KPBKL melahirkan graduan yang kompeten dari sudut pengurusan pentadbiran dan pengoperasian di lapangan khususnya dalam bidang pengurusan haji dan umrah dan pelancongan selain memiliki daya saing untuk memenuhi keperluan majikan dan industri.
Diploma Pengurusan Haji dan Umrah merupakan salah satu program pengajian yang ditawarkan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang cara pengurusan dan pengendalian muamalat yang terkini dan meyakinkan. Program ini dikendalikan oleh pensyarah yang berpengalaman luas dalam urusan Pengurusan dan Muamalat. Kaedah pembelajaran pelajar adalah melalui kuliah, tutorial, latihan saintifik dan latihan industri.
Program Diploma Pengurusan Haji dan Umrah (DPHU) ini menawarkan kursus – kursus yang relevan dengan keperluan semasa sesuai dengan tahap pengajian terkini. Antara kursus – kursus yang ditawarkan adalah seperti di bawah:
a. Pengenalan Haji dan Umrah
b. Pengurusan Operasi Haji dan Umrah
c. Dakwah dan Komunikasi
d. Kosmologi Tanah Arab
e. Fiqh Ibadat Haji dan Umrah
f. Pelancongan Islam
g. Asas Keusahawanan Islam
h. Pengurusan Ibadah Korban
i. Kewangan Islam
j. Pengurusan Dan Pembangunan Islam
Program ini bertujuan untuk melahirkan graduan yang:
*tertakluk kepada pindaan semasa
Graduan Program Diploma Pengurusan Haji Dan Umrah (DPHU) memiliki peluang kerjaya yang amat luas di pelbagai jabatan baik di sektor kerajaan dan swasta. Antara jabatan / unit yang bersesuaian untuk graduan Diploma Pengurusan Haji Dan Umrah (DPHU) bekerja merangkumi:
Jawatan yang sesuai disandang oleh graduan Diploma Pengurusan Haji Dan Umrah
(DPHU) merangkumi :
Waktu Operasi
Waktu Rehat
Operasi KPBKL ditutup pada hari minggu (Sabtu dan Ahad), serta pada hari cuti umum Malaysia.
Program utama yang ditawarkan oleh Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur
Program dengan usahasama Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur dan UiTM
Program bertaraf antarabangsa di bawah seliaan Sekolah Perakaunan, Pengurusan & Teknologi.
Diperkenalkan di Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur mengantikan Certified Accounting Technician (CAT)
Program khusus untuk pelajar sedang bekerja menyambung pelajaran di Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur
Kursus pendek untuk pensijilan yang dijalankan di Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur
Copyright ©kpbkl.edu.my 2024