The Association of Chartered Certified Accountants (ACCA Qualification)

The Association of Chartered Certified Accountants (ACCA Qualification)

 

No. Rujukan Program KPT/JPS(N/344/6/0558) MQA/PA14215(04/26)
Tahap Program Sarjana Muda / Tahap 6 Kerangka Kelayakan Malaysia (KKM)
Bidang Program 344 – Accounting and Taxation
Bahasa Pengantar Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
Kaedah Penawaran Konvensional
Skim Pengajian Sepenuh Masa
Kaedah Pengendalian Kuliah dan Tutorial
Kredit Bergraduat 129 jan kredit
Tempoh Pengajian 3 Tahun (8 semester)

 

Norlela Binti Ismail
norlela@kpbkl.edu.my

Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur menawarkan program bertaraf antarabangsa iaitu Association of Chartered Certified Accountants (ACCA QUALIFICATION) sebagai salah satu program dibawah seliaan Fakulti Pengajian Teknokorporat. Program ini mempunyai ambilan pertama iaitu pada Januari 2022.

Program ini merupakan kelayakan Sarjana Muda yang dikeluarkan oleh pihak ACCA. Tujuan program ini diperkenalkan adalah bagi melahirkan ilmuan profesional Muslim yang berdaya saing dan kompeten dalam bidang perakaunan selain memenuhi keperluan majikan dan industri di Malaysia mahupun antarabangsa.

Program ini turut mengetengahkan pelbagai bidang pelajaran merangkumi aspek perakaunan, kewangan, percukaian, audit, pengekosan dan juga pengurusan. Pelajar turut didedahkan dengan pemahaman dan keupayaan dalam menyediakan penyata perakaunan berdasarkan amalan standard antarabangsa. Pelajar juga diterapkan dengan penguasaan penggunaan aplikasi komputer yang meluas. Ini adalah kerana pelajar bakal menjawab peperiksaan luaran secara computer-based exam

Program ini bertujuan untuk melahirkan graduan yang :

  • Kompetan dan berdaya saing didalam bidang pekerjaan yang bakal diceburi
  • Memahami dan seterusnya mengaplikasi pengetahuan didalam industri yang berkaitan
  • Mempamerkan kemahiran praktikal, nilai etika dan profesionalisme didalam bidang bidang yang diceburi
  • Menunjukkan kemahiran dan tanggungjawab sosial
  • Menguasai kemahiran komunikasi dan mengambil peranan sebagai ketua dan mampu bekerja secara berpasukan
  • Mampu menyelesaikan masalah secara kritis dan kreatif
  • Mempunyai pengetahuan tentang aplikasi komputer terkini sejajar sebagai keperluan belajar sepanjang hayat
  • Berupaya mengaplikasi kemahiran keusahawan sebagai nilai tambah untuk mengurus perniagaan
  1. MUET Band 2 DAN Lulus ACCA Foundation in Accountancy – (ACCA – FIA)
  2. ATAU Lulus Certified Accounting Technician (CAT);
  3. ATAU Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setara dengannya, dengan sekurang-kurangnya Gred C+ (NGMP 2.33) dalam mana-mana dua mata pelajaran, dan kredit dalam Matematik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau yang setara dengannya;
  4. ATAU Lulus Matrikulasi atau Asasi atau setara dengan minimum PNGK 2.50 ke atas dan kredit dalam Matematik di peringkat SPM atau yang setara dengannya;
  5. ATAU Lulus Diploma dalam Perakaunan atau bidang berkaitan (Tahap 4, KKM) dengan PNGK 2.50 ke atas;
  6. ATAU Lulus Diploma London Chamber of Commerce & Industry International Qualifications (LCCIIQ) atau setara dan mendapat kredit dalam Matematik dan lulus Bahasa Inggeris di peringkat SPM atau lulus English for Business Level 2 LCCIIQ (jika tidak mendapat kepujian Bahasa Inggeris di peringkat SPM);
  7. ATAU Lulus Sarjana Muda Perakaunan (Tahap 6, KKM) dengan PNGK 2.50 ke atas;
  8. ATAU Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia.

*Nota: Syarat kredit Matematik pada peringkat SPM bagi calon (iii), dan (iv) boleh dikecualikan jika kelayakan tersebut mengandungi mata pelajaran Matematik dan pencapaiannya setara/lebih daripada keperluan kredit mata pelajaran tersebut pada peringkat SPM.

  • Januari
  • April
  • Jun / Julai
  • September
  • Yuran Pengajian dan Yuran Pendaftaran : RM
  • Yuran keseluruhan sepanjang tempoh kursus : RM
  • Yuran Penginapan Asrama : RM

*tertakluk kepada pindaan semasa

Graduan Program Association of Chartered Certified Accountants (ACCA QUALIFICATION) memiliki peluang kerjaya yang amat luas di pelbagai jabatan baik di jabatan kerajaan dan swasta. Antara jabatan / unit yang bersesuaian untuk graduan Association of Chartered Certified Accountants (ACCA QUALIFICATION) bekerja merangkumi:

  • Perakaunan
  • Audit Dalam
  • Audit Luar
  • Percukaian
  • Pematuhan Cukai dan Kewangan

Jawatan yang sesuai disandang oleh graduan Association of Chartered Certified Accountants (ACCA QUALIFICATION) merangkumi :• Pegawai Khidmat Pelanggan di institusi kewangan.

• Pembantu Kewangan.
• Pembantu Juruaudit
• Pembantu Akauntan
• Akauntan
• Juruaudit
• Ketua pegawai kewangan
• Pengarah kewangan
• Pengurus kewangan
• Juruaudit dalaman
• Penganalisis kewangan

  • Sarjana Perakaunan di Universiti Awam dan Universiti Swasta
  • Program professional yang lain: CIMA, CTIM, ICSA dan lain-lain

Hubungi

Waktu Operasi

  • Isnin – Jumaat : 9.00 pagi hingga 5.00 petang

Waktu Rehat

  • Isnin – Khamis : 12.30 t/hari hingga 2.00 petang
  • Jumaat: 12.45 t/hari hingga 2.45 petang

Operasi KPBKL ditutup pada hari minggu (Sabtu dan Ahad), serta pada hari cuti umum Malaysia.

Untuk maklumat yuran pengajian hubungi :
Untuk maklumat pembiayaan hubungi :
Untuk maklumat penempatan asrama :

Program Homegrown KPBKL

Program utama yang ditawarkan oleh Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur

Program Usahasama UiTM

Program dengan usahasama Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur dan UiTM

Association Of Chartered Certified Accountants (ACCA)

Program bertaraf antarabangsa di bawah seliaan Sekolah Perakaunan, Pengurusan & Teknologi.

ACCA-FIA (ACCA Foundation In Accountancy)

Diperkenalkan di Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur mengantikan Certified Accounting Technician (CAT)

Program Mod Bekerja

Program khusus untuk pelajar sedang bekerja menyambung pelajaran di Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur

Kursus Jangka Pendek

Kursus pendek untuk pensijilan yang dijalankan di Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur