Program Alumni Certified Accounting Technician (CAT) Bersama-Sama Tenaga Pengajar

Program Alumni Certified Accounting Technician (CAT) Bersama-Sama Tenaga Pengajar

[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]KPBKL[/dropcap]

Online, 15 Jun 2021 – Satu Program Alumni Certified Accounting Technician (CAT) Bersama-Sama Tenaga Pengajar Fakulti Pengajian Teknokorporat (FPT) Dan Pelajar Cat (Level 3) & Pelajar Foundation in Accountancy (FIA) sedang berlangsung hari ini melalui medium Google Meet.

Program ini dijalankan untuk memberi pendedahan kepada pelajar semester akhir ini tentang hala tuju selepas tamat pegajian CAT dan FIA nanti. Selain itu juga, program ini dapat membantu pelajar membuat pilihan untuk meneruskan pengajian ke peringkat ACCA serta dapat memberi panduan dan motivasi kepada pelajar agar dapat mengaplikasikan segala teknik dan tips belajar untuk meningkatkan peratus kelulusan pelajar FIA seterusnya dapat menaikkan nama KPBKL. Disamping itu, program ini juga bagi memberi nilai tambah kepada tenaga pengajar yang terlibat dalam menguruskan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) serta memberi gambaran berkenaan budaya pelajar profesional.

Dalam program ini dua orang alumni dijemput iaitu Syarifah Norfarhana Binti Syed Li, Acca Affiliate December 2020 dan Muhamad Kamarul Eizlan, Association Of Certified Chartered Accountant (ACCA) serta Puan Yusni, selaku ketua Jabatan Tadbir Urus Korporat, Puan Zakirah, selaku Ketua Program CAT/FIA dan Puan Dalmie Shahrul Suryati, selaku Koordinator Foundation in Accountancy (FIA).

Lain-Lain Berita

YBHG. DR. RUZIAH BINTI GHAZALI

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”

Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.

Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.