KPBKL dalam perancangan untuk menawarkan program-program akademik berasaskan Program Pendidikan Dan Latihan Teknikal & Vokasional (TVET) selaras dengan matlamat bagi memenuhi permintaan industri dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Negara.
Bahagian Governans dan Jaminan Kualiti (BGJK), KPBKL dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) telah menganjurkan Workshop on Code of Practice for TVET Program Accreditation (COPTPA) pada 6 Mei 2024 bertempat di Bilik Latihan Korporat, KPBKL. Seramai 20 orang warga KPBKL telah terpilih bagi menyertai bengkel yang terdiri dari pihak Pengurusan Tertinggi, Dekan-dekan, Ketua-ketua Bahagian dan wakil dari Jabatan Akademik dan Penyelidikan.
Bengkel ini telah berlangsung dengan jayanya dikendalikan oleh Puan Norasikin binti Yahya, Director of Accreditation Division : Arts & Humanities, MQA. Para peserta bengkel boleh merangka program-program yang bersesuaian untuk dikendalikan secara TVET dan seterusnya mempelbagaikan penawaran program-program yang berdaya saing di KPBKL.
______________________________________________________________________________