[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]KPBKL[/dropcap]
Online, 31 Januari 2020- Tahniah diucapkan kepada 110 orang pelajar Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) yang telah menerima watikah pelantikan sebagai Pemimpin Pelajar KPBKL bagi tahun 2020. Para pelajar ini terdiri daripada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Jawatankuasa Perwakilan Mahasiswa Asrama (JPMA) serta Perwakilan Tertinggi Kelab dan Persatuan KPBKL. Watikah pelantikan ini telah disempurnakan oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Noor Inayah Ya’akub, Rektor KPBKL dalam Majlis Penutup Induksi Kepimpinan Pelajar dan Watikah Pelantikan Pemimpin Pelajar KPBKL 2020 petang ini di Dewan Kuliah 1, KPBKL.
Para pelajar ini juga telah terlibat dalam Program Induksi Kepimpinan Pelajar yang telah dianjurkan oleh Bahagian Pembangunan Pelajar, Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Almuni (HEPA) dan berlangsung selama dua hari (30 – 31 Januari 2020). Turut hadir dalam majlis ini adalah YBhg. Dr.Mohamad Fitri Bin Mohamad Yusoff, Timbalan Rektor Akademik & Penyelidikan dan Cik Nor Aida Sapuan, Pemangku Pengarah Pusat Perancangan Korporat serta pensyarah penasihat Kelab dan Persatuan. Semoga para wakil pelajar ini dapat menjalankan amanah yang diberikan dengan penuh rasa tanggungjawab dan menjadi role model kepada pelajar KPBKL yang lain. Selamat Menjalankan tugas!!