Selamat Datang Pelajar Baru
Di sini perjalanan anda bermula.
Selamat Datang Pelajar Baru
Di sini perjalanan anda bermula.
Pengumuman
Pendaftaran Pelajar Baharu Program ACCA ( 04 Januari 2025)
Selamat Datang Ke Portal Rasmi Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur
Program Homegrown KPBKL
Program utama yang ditawarkan oleh Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur
Program Usahasama UiTM
Program dengan usahasama Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur dan UiTM
Association Of Chartered Certified Accountants (ACCA)
Program bertaraf antarabangsa di bawah seliaan Sekolah Perakaunan, Pengurusan & Teknologi.
ACCA-FIA (ACCA Foundation In Accountancy)
Diperkenalkan di Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur mengantikan Certified Accounting Technician (CAT)
Program Mod Bekerja
Program khusus untuk pelajar sedang bekerja menyambung pelajaran di Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur
Kursus Jangka Pendek
Kursus pendek untuk pensijilan yang dijalankan di Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur
Membina Kecemerlangan
Mengiktiraf Pencapaian Penting
Memulakan operasinya di Wisma Awal, Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kuala Lumpur pada April 1992, IPB kemudiannya berpindah ke kampus tetap di Lot 1363, Jalan Perkasa, Off Jalan Kg. Pandan, Kuala Lumpur pada Jun 1996. Maka Bermulalah lembaran baru bagi IPB dalam merealisasikan misinya.
Tahun
Pensyarah & Pentadbir
Graduan
Berita & kemas kini
Berita, Artikel dan Cerita
20 Disember 2024
20 November 2024
Dari Bilik Kuliah ke Kerjaya.
Pandangan dan Refleksi daripada Alumni Kami.
YBHG. DATUK AHMAD FAISAL ABDUL KARIM
KPBKL Alumni 2001, Institute of Chartered Secretaries & Administrator, ICSA.
Pengurus Besar Perhubungan Awam
Ekovest Berhad
Pengalaman pembelajaran dan penglibatan aktif dalam program pelajar telah berjaya membentuk perwatakan positif dalam diri saya. Pengalaman ini sangat berharga, terutamanya ketika menghadiri temu duga pekerjaan, kerana ia membantu saya menjawab dengan yakin. Mempunyai kelayakan ICSA akan memberikan kelebihan, khususnya bagi mereka yang berhasrat untuk menjadi Setiausaha Syarikat Berkanun, memandangkan bilangan Bumiputera yang memiliki kelayakan tersebut masih terhad.
YBHG. DR. RIDZWAN BAKAR
KPBKL Alumni 1992, Institute of Chartered Secretaries & Administrator ICSA
Ketua Pegawai Eksekutif
Yayasan Waqaf Malaysia
KPBKL diasaskan bagi melahirkan lebih ramai professional muslim dalam pelbagai bidang. Alumni dan pelajar KPBKL memikul amanah bagi merealisasikan harapan besar untuk mengangkat martabat ummah dan negara. Tiada kejayaan tanpa solat, usaha dan kesabaran.
YBHG. DATUK ABDUL HALIM BIN NAYAN
KPBKL Alumni 1992. Institute of Chartered Secretaries & Administrator, ICSA.
Pengarah / Pengasas
Silent Guardian Sdn. Bhd.
Usaha tangga kejayaan, semoga pelajar-pelajar dapat menggunakan ilmu yang ditimba daripada KPBKL bagi menambah baik ekonomi agama, bangsa dan negara secara keseluruhannya.
ZURAIDAH HANIM BINTI IBRAHIM
KPBKL Alumni 1993. Institute of Chartered Secretaries & Administrator, ICSA.
Pengarah
Darul Asiah Consultant Sdn Bhd (Firma Perunding Kewangan Islam)
Nasihat saya buat pelajar KPBKL, sebagai pelajar, adalah penting untuk memberi tumpuan kepada pembelajaran bagi mencapai hasil yang optimum dan pengalaman yang berharga. Komitmen ini adalah penting untuk memupuk kecemerlangan di masa hadapan. Selain itu, program-program yang ditawarkan di KPBKL direka untuk selaras dengan trend industri semasa, memastikan relevansi dan keberkesanan.
YBHG. DR. HJ. MAZLAN BIN HJ. AHMAD
KPBKL Alumni 1995. Institute of Chartered Secretaries & Administrator, ICSA.
Founder, Masyi Group of Companies
Council Member, The Malaysian Institute Of Chartered Secretaries And Administrators.
Pelajar-pelajar KPBKL harus gigih menuntut ilmu, beribadah kepada Allah SWT, dan berusaha menjadi khalifah Allah di dunia. Nasihat saya kepada anda semua adalah untuk mencapai kejayaan dalam akademik dan kehidupan.