[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]KPBKL[/dropcap]
Online, 17 Januari 2020 – Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) telah menerima lawatan kerja daripada Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) pagi tadi. Lawatan ini bertujuan membincangkan hal berkaitan usahasama yang boleh dilaksanakan antara KPBKL dan UNIMAS serta berkongsi kepakaran dalam bidang yang berkaitan. Lawatan ini turut disertai oleh Majlis Agama Islam Persekutuan (MAIWP) dan Kolej Antarabangsa PICOMS. KPBKL telah diwakili oleh YBhg. Prof Dato’ Dr Noor Inayah Ya’akub, Rektor KPBKL, Dr. Mohamad Fitri bin Mohamad Yusoff, Timbalan Rektor Akademik dan Penyelidikan, barisan Pengurusan Tertinggi KPBKL dan kakitangan Pusat Wakaf Intelek KPBKL.
UNIMAS telah diwakili oleh Tuan Haji Mazlan Kifli (Bendahari UNIMAS), Puan Dayang Nor Hajijah Awang Duad (Ketua Bahagian Endowmen Dan Wakaf, UNIMAS), Puan Lina Su’uit, Puan Siti Khatidjah Salam dan Cik Winnie Martha Madin. Manakala MAIWP telah diwakili oleh Encik Mohd Fauzi bin Abidin (Pengurus Bahagian Pembangunan Insan) Encik Md Fadzli Bin Md Saad (Timbalan Pengurus Bahagian Baitulma), Puan Noreza binti Jusoh (Timbalan Pengurus Bahagian Pembangunan Dan Pelaburan) dan Encik Mohd Ridzuan bin Hamid (Ketua Unit Pengurusan Penyelarasan dan Pelaksanaan Projek & Unit Pengurusan Wakaf). PICOMS telah diwakili oleh Datuk Amin (Konsultan PICOMS) , Haji Ambok Chening bin Meri (Pensyarah) dan Puan Norhairani binti Sehab (Pengurus Operasi Pusat Hemodialisis.)