Unit Audit Dalam

Unit Audit Dalam

Unit Audit Dalam

Unit Audit Dalam

Unit Audit Dalam KPBKL

Unit Audit Dalam dan Pengurusan Risiko (UAD) Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) telah diluluskan penubuhannya pada 15 Oktober 2018 selaras dengan keputusan bagi mewujudkan Jawatankuasa Audit Dalam dan Pengurusan Risiko (JKAD) dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah Bil. 06/2017 pada 29 Ogos 2017.

UAD ditugaskan untuk melaksanakan pemeriksaan audit dan penilaian bebas terhadap sistem pengurusan kewangan, aktiviti operasi, urus tadbir, pengurusan risiko dan lain-lain aktiviti teras di KPBKL. Unit ini akan melapor dan bertanggungjawab terus kepada JKAD dan hal-hal atau urusan yang berkaitan dengan pentadbiran adalah di bawah seliaan Ketua Pegawai Eksekutif KPBKL.

Misi

Misi UAD adalah untuk melaksanakan pengauditan secara bebas dan berobjektif dengan menghasilkan laporan yang berkualiti serta memberikan nilai tambah kepada organisasi serta pihak berkepentingan.

Visi

Visi UAD adalah beriltizam untuk membantu KPBKL menjadi sebuah institusi pendidikan serta penyedia perkhidmatan latihan yang terkehadapan dengan menyumbang kepada kecekapan dan keberkesanan dalam aspek tadbir urus bagi membentuk warga kerja yang berintegriti dan berakauntibiliti.

Struktur Organisasi

Unit Audit Dalam
(i) Lembaga Pengarah KPBKL
(ii) Jawatan Kuasa Audit Dalam dan Governans KPBKL
(iii) Ketua Pegawai Eksekutif
(iv) Unit Audit Dalam KPBKL
(v) Jawatan Kuasa Audit Dalam dan Governans MAIWP
(vi) Unit Audit Dalam MAIWP

Peranan UAD

i) Bebas

UAD bertanggungjawab melaksanakan satu fungsi bebas yang memberi kepastian secara objektif untuk menambah nilai dan meningkatkan tahap operasi organisasi serta membantu mencapai matlamatnya melalui pendekatan yang sistematik dan berdisiplin dengan menilai keberkesanan kawalan ke arah proses tadbir urus yang baik.

ii) Perunding

UAD berperanan memberi khidmat perundingan dan nasihat kepada organisasi secara profesional terhadap kesempurnaan, kebolehpercayaan serta keberkesanan sistem kawalan dalaman untuk memastikan peraturan dan prosedur yang bersesuaian adalah mencukupi.

iii) Jawatan kuasa Audit Dalam dan Governans – JKADG

UAD melaksanakan peranan sebagai sekretariat bagi JKADG sebagaimana yang ditetapkan dalam Garis Panduan Tadbir Urus Syarikat milik Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Kod Etika Juruaudit

Kod Etika Juruaudit Dalam adalah prinsip dan nilai yang menjelaskan etika yang perlu diamalkan oleh seorang Juruaudit. Kod Etika ini merupakan amalan budaya kerja yang beretika serta profesional dan diwujudkan bagi memandu Juruaudit meningkatkan prestasi kerja. Kod Etika Juruaudit Dalam merangkumi dua komponen berikut :

  • Prinsip yang relevan kepada profesion Juruaudit serta amalan Audit Dalam; dan
  • Peraturan ini menerangkan prinsip dalam bentuk amalan dan panduan tingkah laku beretika kepada juruaudit.

Juruaudit perlu mengamalkan dan mempertahankan prinsip berikut:

  • Integriti
  • Keobjektifan
  • Kerahsiaan
  • Kompetensi

Tugas

Mengkaji dan menilai aktiviti organisasi dalam tempoh tertentu untuk mengetahui samada fungsi perancangan, penyeliaan, arahan dan pengawalan dilaksanakan mengikut dasar, arahan dan peraturan telah dipatuhi serta berkesan supaya ianya dapat melahirkan mutu perkhidmatan yang cemerlang, cekap dan berkesan.


Menentukan tatacara dan sistem kawalan dalaman pengurusan kewangan dan operasi adalah wujud dan berkesan.


Mengkaji keupayaan mengwujudkan struktur pengurusan, penyediaan aliran dan proses kerja, penyeliaan secara berterusan yang dilaksanakan oleh pihak pengurusan.


Menilai dan menentukan sejauh mana dasar, polisi-polisi, rancangan, prosedur undang-undang, kaedah dan tatacara pengurusan hasil dan perbelanjaan telah dipatuhi.


Menentukan sejauh mana aset KPBKL di akaun, dilindungi dan diselenggara dengan sempurna supaya mengelak dari kerugian dan kehilangan yang disebabkan oleh aktiviti yang salah atau haram dan pendedahan semulajadi yang boleh memberi kesan kepada aset.

Skop Kerja

Menilai penjimatan, kecekapan dan keberkesanan dalam penggunaan sumber-sumber KPBKL dengan mengenalpasti keadaan-keadaan di mana :

  1. Urusan-urusan yang membazir dan tidak menambah nilai
  2. Kerja-kerja yang tidak produktif
  3. Pengurusan kakitangan yang berlebihan atau terkurang.
  4. Kemudahan dan peralatan tidak digunakan sepenuhnya

Memastikan aktiviti atau projek dan program-program KPBKL dari aspek perancangan, perlaksanaan dan pemantauan telah dilaksanakan dengan cekap, berhemah dan berkesan dalam mencapai objektif yang telah ditetapkan.

Memastikan perancangan, pembangunan dan perlaksanaan sistem pengurusan berasaskan komputer mempunyai ciri-ciri kawalan, ciri- ciri ketepatan dan keupayaan merekod dokumentasi supaya sistem yang beroperasi berupaya membantu KPBKL mencapai matlamat dan objektif.

Mengemukakan Rancangan Audit Tahunan dan program audit kepada JKADG untuk pertimbangan dan kelulusan.

  1. UAD bertanggungjawab menyedia dan mengemukakan rancangan audit tahunan kepada JKAD sekurang- kurangnya sekali setahun untuk semakan dan kelulusan. 
  1. Jadual rancangan audit tahunan hendaklah disediakan berasaskan keutamaan menggunakan kaedah berasaskan risiko termasuk input daripada pihak MAIWP.
  2. Sebarang perubahan yang ketara daripada jadual yang telah diluluskan perlu dimaklumkan kepada JKAD menerusi laporan status semasa aktiviti secara berkala.

Menyediakan Laporan audit selepas selesai sesuatu pengauditan. Laporan ini akan diedarkan kepada mereka yang berkaitan untuk makluman, pertimbangan, tindakan pembetulan dan penambahbaikan.

Mengemukakan dan membentangkan laporan secara berkala kepada JKAD yang meliputi perkara-perkara berikut  :  

  1. Mengemukakan laporan terhadap penemuan audit yang penting serta syor dan pandangan untuk pembaikan atau peningkatan dan menambah nilai.
  2. Melaporkan tindakan susulan yang telah diambil di atas penemuan- penemuan audit yang penting.
  1. Penyelaras UAD bersama UAD-MAIWP dan Audit Luar untuk mengelak pertindihan.
  1. Perancangan kerja-kerja pengauditan.
  2. Halangan-halangan yang dihadapi dalam pelaksanaan pengauditan. 

Jawatankuasa
Audit Dalam
dan Governans

AHLI JKADG 

  • PENGERUSI
  • AHLI


PENGERUSI JKADG YANG TERKINI:

  • Y.BHG. DR. HAJI AZMI BIN HAJI HARUN (2024-2026)


AHLI JKADG YANG TERKINI:

  • Y.BHG. DATUK DYG SADIAH BINTI ABG BOHAN (2024-2026)
  • Y.BHG. TUAN WAN AHMAD FADHLI SHAH BIN WAN MOHAMAD ZAIN (2024-2026)
  • Y.BHG. TUAN HAJI ZAM ARIFFIN BIN ISMAIL (2024)


MANTAN PENGERUSI JKADG:

  • Y.BHG. ALLAHYARHAM TUAN MOHD NAZRUDDIN BIN ABDULLAH (1999 – 2021)
  • Y.BHG. PROF. DATUK DR. SHAMRAHAYU BT. AB. AZIZ (2021 – 2024)


MANTAN AHLI JKADG:

  • Y.BHG. PROF AZMAN BIN AB RAHMAN (1999 – 2021)
  • Y.BHG. DR. RIDZWAN BIN BAKAR (1999 – 2021)
  • Y.BHG. PROF MADYA DR. NAJAHUDDIN BIN LATEH (2022-2023)
  • Y.BHG TUAN HAJI ZAM ARIFFIN BIN ISMAIL (2021 – 2024)

Hubungi Kami

YBHG. DR. RUZIAH BINTI GHAZALI

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”

Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.

Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.