[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]KPBKL[/dropcap]
Online, 21 Ogos 2019 – Unit Hal Ehwal Agama Islam (UHEI) Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (MAIWP) telah mengadakan program Train of Trainer (TOT) Survival Pemikiran Ummah yang telah berlangsung dari 8.45 pagi hingga 4.30 petang hari ini yang telah disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Ibnor Azli Ibrahim, Pensyarah Pusat Fiqh Kontemporari dan Pematuhan Syariah Universiti Kebangsaan Malaysia. (UKM).
Program ini terdiri daripada 3 Slot iaitu Slot 1: Realiti Dunia Islam (Sempadan masa): Bagaimana Nasib Kita Selepas Tahun 2076, Slot 2: Realiti Dunia Islam (Sempadan Geografi): “Memahami Sempadan Dunia Islam, Pemikiran dan Survival Ummah”, Slot ke 3: Realiti Dunia Islam (Dajjal): “ Fitnah Dajjal dan Ancaman Paling Mengelirukan.
Seramai 37 orang peserta terlibat dalam program ini iaitu 8 orang daripada Kelab Al-Quran, 3 orang peserta daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), seorang daripada Universiti Putra Malaysia dan 25 orang daripada KPBKL (MAIWP).
Program ini telah dirasmikan oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Noor Inayah Ya’akub, Rektor Kolej Profesional Baitulmal melalui panggilan video yang dibawakan secara langsung pagi tadi. YBhg. Prof. Dato’ Noor Inayah juga berkesempatan meluangkan sedikit masa untuk bersama peserta pada tengahari tadi. Di akhir program ini telah dilancarkan Tabung Wakaf Khidmat Tenaga dan Ilmu Survival Ummah oleh Ustaz Mohd Syakir Mohd Taib, Pengarah Pusat Wakaf KPBKL (MAIWP).
[gdl_gallery title=”20190821″ width=”900″ height=”500″ ]