Training & Konsultansi

Training & Konsultansi

[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]KPBKL[/dropcap]

Online, 15 Mac 2022- Pusat Latihan & Konsultansi Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) dijemput untuk perbincangan dengan Darul Kifayah bagi menjalankan program berkala bagi pelajar SPM selama 20 hari. Program ini akan bermula pada bulan April hingga Jun. Ini adalah sebahagian daripada perlaksanaan blue print pendidikan MAIWP. KPBKL telah diwakili oleh En. Kamarul Azhar, Pengarah Pusat Latihan & Konsultansi, dan En. Nizamuddin manakala Darul Kifayah diwakili oleh Ustaz Raof Pengetua, dan Ustazah Jamaliah, Timbalan Pengetua.

Lain-Lain Berita

YBHG. DR. RUZIAH BINTI GHAZALI

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”

Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.

Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.