Temuduga Amanah Raya Berhad

Temuduga Amanah Raya Berhad

[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]KPBKL[/dropcap]

Online, 12 Disember 2019 – Satu temuduga oleh Amanah Raya Berhad. telah dijalankan bagi memilih penerima Anugerah Luqmanul Hakim di Bilik Latihan Korporat tingkat 3, Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur MAIWP. Seramai 11 orang pelajar Kolej Profesional Baitulmal yang terdiri daripada 3 orang pelajar program Certified Accounting Technician (CAT), 5 orang pelajar Diploma Matematik Kewangan (DMK), dan 3 orang pelajar Diploma Pengajian Muamalat (DPM) telah terlibat dalam temuduga ini.

Pihak Amanah Raya Berhad berpuas hati dengan kesemua pelajar ini. Pelajar-pelajar ini secara purata dapat menjawab soalan dengan baik dan berkeyakinan. 2 orang wakil Amanah Raya yang hadir bagi sesi temuduga adalah Encik Zaidi daripada Yayasan Amanah Raya dan Pn Hanifah daripada Bahagian Sumber Manusia.

Turut serta dalam temuduga ini adalah wakil dari KPB iaitu Pn Nor Adibah Hafit, Cik Siti Balqis Ali Napiah dari Fakulti Pengajian Teknokorporat, Cik Kausar Ismat Anunu dan Pn Nafidah Bt Hassan dari Fakulti Pengajian Kontemporari Islam. Semoga usaha murni Amanah Raya Berhad ini dapat membantu para pelajar asnaf ini untuk berjaya dalam pendidikan

Lain-Lain Berita

YBHG. DR. RUZIAH BINTI GHAZALI

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”

Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.

Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.