(B.Melayu) Temubual Britishpedia Media Group Sdn Bhd bersama Prof. Dato’ Dr. Noor Inayah Ya’akub

(B.Melayu) Temubual Britishpedia Media Group Sdn Bhd bersama Prof. Dato’ Dr. Noor Inayah Ya’akub


[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]KPBKL[/dropcap]

Online, 10 Mei 2019 – YBhg. Prof. Dato’ Dr. Noor Inayah Ya’akub, Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Profesional Baitulmal (KPB) telah ditemubual oleh Encik Jahan Hitch dari Britishpedia Media Group Sdn Bhd petang ini.

Britishpedia Media Group Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat yang berpusat di United Kingdom. Syarikat ini menerbitkan ensiklopedia biografi sebenar mengenai tokoh-tokoh personaliti yang berjaya dalam pelbagai bidang seperti ekonomi, perniagaan, agama, sosial dan pelbagai bidang yang memberi impak kepada masyarakat khususnya.

Tahniah diucapkan kepada YBhg. Dato’ Prof. Dato’ Dr. Inayah Ya’akub kerana telah terpilih untuk ditemubual dan menjadi salah seorang tokoh yang diiktiraf oleh Britishpedia Media di atas sumbangan sepanjang kerjaya beliau.

[gdl_gallery title=”20190510″ width=”900″ height=”500″ ]

Lain-Lain Berita

YBHG. DR. RUZIAH BINTI GHAZALI

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”

Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.

Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.