[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]IPB[/dropcap]
Online, 05 Januari 2018 – Taklimat Pengurusan Risiko Institut Profesional Baitulmal 2018. Taklimat ini telah dibuat pada 5 Januari yang lepas di Bilik Seminar satu. Taklimat ini melibatkan semua wakil jabatan IPB, Alhamdulillah semua berjalan lancar.
Pengurusan risiko adalah mengenal pasti, menilai, dan mengatur kepentingan risiko (ditakrifkan dalam ISO 31000 sebagai kesan ketidak tentuan pada matlamat, samaada positif atau negatif) diikuti oleh penggunaan sumber secara teratur dan ekonomi bagi mengurangkan, memantau dan mengawal kemungkinan dan/ kesan peristiwa tidak diingini atau bagi memaksimakan penzahiran peluang. Risiko boleh datang dari ketidak tentuan dalam pasaran kewangan, kegagalan projek (pada sebarang fasa reka bentuk, pembangunan, penghasilan, atau pengekalan kitaran hayat), liabiliti perundangan, risiko kredit, kemalangan, takdir (“kejadian alam dan malapetaka”) termasuk juga serangan sengaja dari musuh, atau peristiwa yang tidak pasti atau punca tidak dijangka. Penceramah jemputan iaitu En. Ahmad Hammami Muhyidin Partner, Financial Servises Assurance dan Ms. Fong Kar Mun, Senior Manager Advisory. Ernst & Young (Malaysia)
Taklimat ini berakhir kira-kira pada pukul 12:30 tengahari selepas penyampaian cenderamata kepada pihak penceramah. Turut hadir dalam majlis ini ialah Ketua pegawai Eksekutif Tuan Sakaria Semela, Timbalan KPE (Akademik & Antarabangsa) Prof. Dr. Ismail Mat, Timbalan KPE (IHEP) En. Wan Muhamed Wan Ibrahim dan barisan pengurusan IPB.
[gdl_gallery title=”pengurusan-risiko” width=”900″ height=”500″ ]