Taklimat Keselamatan Dan Demonstrasi Memadam Api

Taklimat Keselamatan Dan Demonstrasi Memadam Api

[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]KPBKL[/dropcap]

Online, 22 November 2019 – Bahagian Keselamatan, Kebersihan dan Keceriaan, Pejabat Pendaftar telah menganjurkan Taklimat Keselamatan Kebakaran dan Demonstrasi Memadam Api pada 19hb November 2019 (Selasa) bertempat di Dewan Kuliah 1, Bangunan Menara Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur.

Taklimat ini disampaikan oleh Penguasa Bomba (PB) Mohd. Majdi Bin Che Kamis dari Balai Bomba dan Penyelamat Pudu. Turut hadir, Penguasa Bomba Tinggi (PBT) Baharin Bin Khairudin. Antara isi taklimat yang disampaikan adalah berkenaan punca-punca kebakaran yang boleh berlaku di tempat kerja, jenis-jenis alat pemadam api serta “Standard Operating Procedure” (S.O.P) yang betul sekiranya berlaku kebakaran.

Cara-cara mewujudkan dan peranan Pasukan Tindakan Kecemasan atau Emergency Response Team (ERT) juga dijelaskan bagi persediaan menghadapi kes-kes kecemasan di Kolej Profesional Baitulmal. Sesi ini diteruskan dengan demonstrasi cara memadamkan api menggunakan alat pemadam api dengan cara yang betul di dataran KPB. Warga KPB juga diberi peluang mencuba memadamkan api dengan teknik yang betul.Rektor KPB YBhg. Prof. Dato’ Dr. Noor Inayah Ya’akub turut serta ke taklimat ini.Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pasukan bomba dan penyelamat Pudu atas tunjuk ajar dan perkongsian pengalaman yang berharga.

Sumber:
PN NOR AZILAH BINTI MAT ARSHAD
Bahagian Keselamatan, Kebersihan & Keceriaan

Lain-Lain Berita

YBHG. DR. RUZIAH BINTI GHAZALI

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”

Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.

Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.