[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]KPBKL[/dropcap]
Online, 19 Julai 2019 – Seluruh warga Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (MAIWP) ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada YBhg. Prof. Dato’ Dr. Noor Inayah Ya’akub di atas pelantikan beliau sebagai Ahli Jawatankuasa Induk Program Pengkhususan Pengendalian Kes Hadhanah Dan Nafkah Serta Penubuhan Bahagian Penguatkuasaan Dan Pelaksanaan Di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan (MSWP).
Majlis Penyerahan Surat Lantikan AJK Mahkamah Hadhanah yang diadakan di Pejabat Menteri dan Timbalan Menteri, Kompleks Islam Putrajaya, telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), YB Hajjah Fuziah binti Salleh turut hadir di majlis tersebut.
Semoga KPB (MAIWP) akan terus maju di bawah pimpinan YBhg. Dato’ Rektor!
[gdl_gallery title=”20190719-01″ width=”900″ height=”500″ ]