Pusat Pembangunan Ummah Kontemporari (PUPUK) Institut Profesional Baitulmal dengan berbesar hati ingin menjemput rakan-rakan IPB untuk bersama-sama menghadiri Syarahan Umum Membentuk Generasi Cendekiawan yang akan disampaikan oleh Dr. Said Al Kamali.
Untuk makluman rakan-rakan Dr, Said Al Kamali merupakan seorang ahli akademik, penceramah antarabangsa dan pensyarah di University of Qarrawiyyin, Fes, Morocco. Buat julung-julung kalinya IPB akan menjemput sarjana antarabangsa untuk berkongsi pengalaman dan menyuntik semangat kepada warga IPB.
Butiran dan aturcara majlis adalah seperti di lampiran. Kerjasama daripada rakan-rakan semua diucapkan ribuan terima kasih.