(B.Melayu) Syarahan Umum Oleh Dr. Said Al Kamali

(B.Melayu) Syarahan Umum Oleh Dr. Said Al Kamali

Pusat Pembangunan Ummah Kontemporari (PUPUK) Institut Profesional Baitulmal dengan berbesar hati ingin menjemput rakan-rakan IPB untuk bersama-sama menghadiri Syarahan Umum Membentuk Generasi Cendekiawan yang akan disampaikan oleh Dr. Said Al Kamali.

Untuk makluman rakan-rakan Dr, Said Al Kamali merupakan seorang ahli akademik, penceramah antarabangsa dan pensyarah di University of Qarrawiyyin, Fes, Morocco.  Buat julung-julung kalinya IPB akan menjemput sarjana antarabangsa untuk berkongsi pengalaman dan menyuntik semangat kepada warga IPB.

Butiran dan aturcara majlis adalah seperti di lampiran. Kerjasama daripada rakan-rakan semua diucapkan ribuan terima kasih.

Lain-Lain Berita

YBHG. DR. RUZIAH BINTI GHAZALI

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”

Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.

Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.