(B.Melayu) Sumbangsaran Pewujudan Unit Audit Dalam, Integriti & Pengurusan Risiko IPB

(B.Melayu) Sumbangsaran Pewujudan Unit Audit Dalam, Integriti & Pengurusan Risiko IPB


[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]IPB[/dropcap]

Online, 19 Januari 2018 – Institut Professional Baitulmal (IPB) telah mengadakan Majlis Sumbang Saran (Brainstorming) Pewujudan Unit Audit Dalam, Intergriti & Pengurusan Risiko bagi memperkukuh tadbir urus. Majlis sumbang saran telah dijayakan oleh Y.Bhg. Dr. Mohd Nizam B. Mohd, Pengarah Kanan Sektor Swasta, Institut Intergriti Malaysia (IIM) dan Encik Roslan Abd Jelani, Mantan Timbalan Pengarah, Akedemi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKPT).

Majlis sumbang saran ini bertujuan mencari pendekatan terbaik dalam menggerakkan Unit Audit Dalam, Integriti & Pengurusan Risiko supaya unit ini dapat menjalankan fungsinya dengan berkesan selain dipandang tinggi dan mendapat kepercayaan daripada seluruh warga IPB khususnya dan masyarakat awam amnya. Dalam pusingan pertama sumbang saran ini, fokus lebih diberikan kepada usaha memantapkan integriti dikalangan warga IPB.

Majlis ini dihadiri oleh Timbalan Ketua Pegawai Ekeskutif (Akademik & Antarabangsa), Dr. Ismail Mat, Timbalan Ketua Pegawai Ekeskutif (iHEP) En. Wan Muhamed Wan Ibrahim serta barisan Pengurusan Kanan IPB.

[gdl_gallery title=”pengurusan-risiko-2″ width=”900″ height=”500″]

Lain-Lain Berita

YBHG. DR. RUZIAH BINTI GHAZALI

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”

Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.

Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.