[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]KPBKL[/dropcap]
Online, 23 Ogos 2019- Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (MAIWP) sekali lagi melakar sejarah apabila mengadakan Soft Launch KPBKL (MAIWP) World Waqf Digital Online Collection dan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara KPBKL (MAIWP) dengan Kedah Industrial Skills And Management Development Centre (KISMEC), Kulim Advanced Technologies Sdn Bhd (KTechno) dan Kolej Universiti Antarabangsa PICOMS, serentak pagi ini di Dewan Kuliah 1, KPBKL (MAIWP).
KPBKL (MAIWP) World Waqf Digital Online Collection merupakan satu inisiatif oleh KPBKL (MAIWP) untuk menyenaraikan tajuk-tajuk bahan terbitan dan kajian dalam bidang wakaf yang terdapat di seluruh dunia dan boleh diakses secara online dalam pelbagai bahasa.
Dalam majlis yang sama telah diadakan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara KPBKL (MAIWP) dengan PICOMS, dan KISMEC. Memorandum persefahaman ini melibatkan kerjasama dalam pembangunan beberapa program yang menjadi teras latihan Teknikal dan Vokasional dan penempatan pelajar di KPBKL (MAIWP) dan PICOMS selepas tamat kursus di KISMEC.
MoU KPBKL (MAIWP) bersama PICOMS dan Ktechno pula memberi tumpuan kepada beberapa bidang kerjasama iaitu berkaitan wakaf pendidikan, perkongsian intelek, projek penyelidikan dan pembangunan bersama, inovasi, dan lain-lain kerjasama dengan persetujuan semua pihak.
MoU ini telah ditandatangani oleh Ybhg, Prof. Dato’ Dr. Noor Inayah Ya’akub (Rektor KPBKL MAIWP), Prof. Dr. Wan Azizi bin Wan Sulaiman (Naib Canselor Kolej Universiti Antarabangsa PICOMS), Encik Mohd. Yusuri Yusof (Pengarah Eksekutif KISMEC), dan Dato’ Wan Ismail bin Che Ibrahim (Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah KTechno).
[gdl_gallery title=”20190823″ width=”900″ height=”500″ ]