[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]KPBKL[/dropcap]
Online,30 Oktober 2019 – Simposium Muamalat Islam telah berlangsung di Dewan Seri Perkasa Masjid Al-Imam Ash-Shafie, Taman Maluri, Kuala Lumpur hari ini. Rektor Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPB MAIWP), YBhg. Prof. Dato’ Dr. Noor Inayah Ya’akub juga turut membentangkan kertas kerja bertajuk Rahmatan lil Alamin: Pendidikan B40. Terdapat juga pembentangan oleh YBhg Dr. Abd Rahman bin A.Shukor bertajuk Pengurusan Hutang Menurut Perspektif Islam.
Simposium ini dihadiri oleh Pengerusi Masjid, Tn. Hj. Mohamad Noor B. Ibrahim, Timbalan Pengerusi Masjid, Dato’ Kamarudin B. Mohamad Shah, jawatankuasa MAIAS, kariah masjid dan para pelajar dari KPB MAIWP, Institut Kemahiram Baitulmal (IKB) dan Pusat Giat MARA. Majlis Perasmian Penutup disempurnakan oleh YBhg. Tuan Zainal Abid bin Zainal Adlishah, Pegawai Khas Timbalan Menteri Kewangan mewakili Timbalan Menteri Kewangan.