Sesi Sumbangan Musaadah Khas Siswa

Sesi Sumbangan Musaadah Khas Siswa

[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]KPBKL[/dropcap]

Online, 05 Oktober 2020 – Petang tadi telah berlangsung Sesi Sumbangan Musaadah Khas Siswa kepada pelajar Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur. Sejumlah RM5000 telah disumbangkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) kepada pelajar KPBKL. YBhg. Dato’ Hj. Razali bin Hj Shahabudin, Pengerusi KPBKL mewakili KPE MAIWP telah menyampaikan sumbangan ini kepada wakil pelajar. MAIWP telah diwakili oleh Pn Salmie Bt Ahmad, Unit Perhubungan Luar MAIWP. Turut serta dalam majlis ini adalah YBhg. Prof. Dato’ Dr. Noor Inayah Ya’akub, Rektor KPBKL.

Lain-Lain Berita

YBHG. DR. RUZIAH BINTI GHAZALI

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”

Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.

Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.