[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]KPBKL[/dropcap]
Online, 11 Julai 2019 – Satu Sesi Perkongsian Tadbir Urus Integriti Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (MAIWP) bersama Kolej Universiti Antarabangsa PICOMS telah diadakan di Kafetaria KPBKL.
Sesi perkongsian ini bertujuan berkongsi maklumat berkaitan aspek tadbir urus integriti yang telah di bangunkan dan digerakkan di KPB serta membincangkan potensi jalinan strategik antara KPB dan Kolej Universiti Antarabangsa PICOMS dalam membangunkan idea-idea kolaborasi dalam aspek integriti serta tadbir urus pada masa akan datang.
Sesi perkongsian ini telah disampaikan oleh Puan Norida Mohamad, Penolong Pendaftar, Unit Integriti, KPBKL (MAIWP).
Delegasi PICOMS telah diwakili oleh YBhg. Prof. Dr. Wan Mohd Azizi Bin Wan Sulaiman, Naib Canselor, Kolej Universiti Antarabangsa PICOMS, Pn Norita Binti Hj Arshad (Pendaftar), Pn Che Zuriati Binti Che Mohamad (Penasihat Undang-undang), Pn Wan Faradila Fasha Binti Mohamad (Audit Dalaman), dan En Muhammad Hadziri Bin Md Ludin (Pegawai Integriti).
Turut serta dalam sesi perkongsian ini adalah Rektor Kolej Profesional Baitulmal, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Noor Inayah Ya’akub, beserta barisan Pengurusan Tertinggi KPB.
[gdl_gallery title=”20190711-01″ width=”900″ height=”500″ ]