[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]KPBKL[/dropcap]
Online, 30 Ogos 2019 – Satu sesi perkongsian berkenaan tadbir urus integriti bersama Pihak Pengurusan Kolej Universiti Antarabanga PICOMS telah diadakan. Sesi perkongsian ini telah disampaikan oleh Cik Norida Mohamad, Penolong Pendaftar, Unit Integriti, Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (MAIWP) bagi berkongsikan aspek tadbir urus integriti yang telah dijalankan di KPBKL (MAIWP). Turut mengiringi ke sesi ini ialah Cik Dalmie Shahrul Suryati Azmee, Unit Audit Dalam & Pengurusan Risiko, KPBKL.
Rektor KPBKL (MAIWP) YBhg. Prof. Dato’ Dr. Noor Inayah Ya’akub merakamkan setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YBhg. Prof. Dr. Wan Mohd Azizi Wan Sulaiman, Naib Canselor, Kolej Universiti Antarabangsa PICOMS, serta pihak pengurusan PICOMS yang memberikan kepercayaan kepada KPBKL (MAIWP) untuk berkongsikan maklumat berkenaan tadbir urus integriti di Kolej Universiti Antarabangsa PICOMS.
Taklimat yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama PICOMS ini dipengerusikan oleh YBhg. Prof. Mohammad Mubin Bin Mat Nor, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Pasca Siswazah) PICOMS, turut menyertai ialah barisan pengurusan PICOMS, Pegawai Integriti PICOMS serta ahli Jawatankuasa Integriti, PICOMS.
[gdl_gallery title=”20190830″ width=”900″ height=”500″ ]