[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]KPBKL[/dropcap]
Online, 5 October 2019 – Lanjutan daripada perbincangan sewaktu di majlis Outstanding Pearson Learner Awards 2019 bulan lalu, satu sesi diskusi bersama Pearson LCCI Malaysia telah diadakan di Bilik Seminar 1, Kolej Profesional Baitulmal (KPB MAIWP), tadi. Perbincangan inj berkenaan program LCCI yang ditawarkan di KPB MAIWP serta arah tuju dan strategi penawaran bagi program LCCI.
KPB MAIWP diwakili oleh Rektor, Prof. Dato’ Dr. Noor Inayah Ya’akub, Dr Mohamad Fitri Mohamad Yusoff, Timbalan Rektor (Akademik & Penyelidikan); barisan Pengurusan Tertinggi; Puan Yusnifarina Binti Yunus, Dekan Fakulti Pengajian Teknokorporat (FPT), Cik Siti Balqis Binti Ali Napiah, Timbalan Dekan (Akademik), FPT; dan Puan Rusnani Binti Mat Salleh, Ketua Program LCCI, FPT. Manakala Pearson Malaysia akan diwakili oleh Ms Ng Boon Teen, Country Director (Myanmar and Malaysia Qualifications) dan Encik Hisyam Md. Suhaimi, Key Account Manager (Qualifications).