Senarai Nama Penerima Biasiswa Penuh KPBKL Dan Maklumat Umum Berkaitan Pembiayaan Dan Penajaan Pengajian Di KPBKL

Senarai Nama Penerima Biasiswa Penuh KPBKL Dan Maklumat Umum Berkaitan Pembiayaan Dan Penajaan Pengajian Di KPBKL

SENARAI PENERIMA BIASISWA PENUH BAITULMAL

 

TABURAN PEMBIAYAAN 

 

SYARAT PENERIMA/KELAYAKAN BAGI BANTUAN AM BAITULMAL DAN BIASISWA PENUH BAITULMAL

  1. BANTUAN AM BAITULMAL BAGI PELAJAR KPBKL
    • Beragama Islam;
    • Warganegara Malaysia;
    • Telah mendaftar di KPBKL;
    • Tertakluk kepada pengiraan Had al-Kifayah yang telah ditetapkan oleh Baitulmal, MAIWP.
  2. BIASISWA PENUH BAITULMAL BAGI PELAJAR KPBKL
    • Pelajar diploma sepenuh masa KPBKL;
    • Penerima Bantuan Baitulmal, MAIWP di bawah kategori:
    • Fakir, Miskin dan Muallaf;
    • Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.5 bagi keputusan peperiksaan semester terkini.

FAEDAH YANG DIBERIKAN KEPADA PELAJAR BAGI BANTUAN BAITULMAL DAN BIASISWA PENUH

  1. BANTUAN AM BAITULMAL BAGI PELAJAR KPBKL
    • Menerima elaun saradiri RM300 setiap bulan.
    • Menerima bantuan penginapan setiap bulan.
    • Menerima bantuan 25% dari yuran pengajian.
    • Pengecualian yuran pendaftaran.
  2. BIASISWA PENUH BAITULMAL BAGI PELAJAR KPBKL
    • Menerima elaun saradiri RM500 (maksima) setiap bulan.
    • Menerima bantuan penginapan setiap bulan.
    • Menerima bantuan 100% yuran pengajian.
    • Pengecualian yuran pendaftaran.
JENIS-JENIS PEMBIAYAAN
  1. BIASISWA PENUH BAITULMAL, MAIWP
  2. BANTUAN AM BAITULMAL, MAIWP
  3. ANUGERAH LUQMANUL HAKIM
  4. WAKALAH
  5. PTPTN
  6. *LEMBAGA ZAKAT NEGERI
  7. INSENTIF PENDIDIKAN iCEPS (kursus Usahasama UiTM sahaja)
  8. *YAYASAN NEGERI/PENDIDIKAN

*perlu diuruskan oleh pelajar sendiri

Lain-Lain Berita

YBHG. DR. RUZIAH BINTI GHAZALI

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”

Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.

Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.