[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]KPBKL[/dropcap]
Online, 2 Januari 2020- Pagi ini sedang berlangsung Seminar Menongkah Kehidupan Selepas SPM di Bilik Seminar Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur. Seminar ini bertujuan untuk mendedahkan kepada para pelajar lepasan SPM mengenai Kemahiran Komunikasi, Ketahanan Jiwa dan diri, Pembawakan Imej Diri dan Keyakinan Diri. Bengkel ini telah dimulakan dengan ucapan kata alu-aluan oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Noor Inayah Ya’akub, Rektor Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur.