Seminar Antarabangsa Rahmatan Lil Alamin

Seminar Antarabangsa Rahmatan Lil Alamin

[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]KPBKL[/dropcap]

Online, 9 September 2019 – Minggu Rahmatan lil ‘Alamin melabuhkan tirainya dengan penganjuran Seminar Antarabangsa Rahmatan Lil Alamin di Dewan Senat, Bangunan Rektor, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), pagi ini. Majlis dimulakan dengan Ucapan Aluan oleh Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dzulkifli Abdul Razak, Rektor UIAM. Seterusnya, Ucaptama dan Perasmian oleh YB Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama).

Sebanyak 3 pembentangan diadakan di seminar ini dengan Pembentangan 1 oleh Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Muhammad Kamal Hassan, Penasihat Kehormat, Pusat Islamisasi, UIAM (Tajuk: Memahami Rahmatan lil’Alamin Secara Syumul, Mutakamil dan Ilmiah); Pembentangan 2 oleh YBhg. Orang Kaya-Kaya Imam Paduka Tuan Dato’ Professor Dr. Afifi Al-Akiti, Orang Besar Delapan Negeri Perak/ Felo, Pusat Pengajian Islam (OXCIS), Universiti Oxford, United Kingdom (Tajuk: Hubungan Rahmatan Lil Alamin dan Adab al-Ikhtilaf) dan Pembentangan 3 oleh YBhg. Prof. Madya Dr.Ismail Lutfi Japakiya, Rektor Universiti Fatoni, Thailand (Konsep Rahmatan Lil Alamin Dalam Menghadapi Gejala Ekstremisme). YBhg. Prof. Dato’ Dr Noor Inayah Yaakub turut diundang selaku Pengulas bagi sesi Pembentangan 2 oleh YBhg. Orang Kaya-Kaya Imam Paduka Tuan Dato’ Professor Dr. Afifi Al-Akiti.

Manakala forum bertajuk Rahmatan Lil Alamin dan Penyatuan Ummah: Realiti dan Harapan yang diadakan pada sesi petang turut membariskan ahli panel yang terdiri daripada (1) Prof. Dr. H Warul Walidin AK MA, Rektor Universitas Islam Negeri Ar-Raniry, Indonesia; Dr Lilly Suzana binti Haji Shamsu, Dekan Fakuti Usuluddin, Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Brunei Darussalam; dan Encik Mohamad Helmy Mohd Isa, Pengarah Masjid, Majlis Ugama Islam Singapura. YB Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) turut menyatakan hasrat agar seminar ini diadakan secara berterusan dan menjadi contoh kepada Institusi Pendidikan Tinggi yang lain untuk memupuk kebudayaan dan nilai-nilai Islam menerusi mesej rahmatan lilalamin dan maqasid syariah dan diterjemahkan menerusi tindakan seseorang dan personaliti hebat, yang sekaligus akan membentuk model negara Islam berbilang kaum yang boleh diteladani dunia luar.

[gdl_gallery title=”20190909″ width=”900″ height=”500″ ]

Lain-Lain Berita

YBHG. DR. RUZIAH BINTI GHAZALI

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”

Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.

Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.