Selamat Datang Pelajar Baharu Ke KPBKL (MAIWP)

Selamat Datang Pelajar Baharu Ke KPBKL (MAIWP)

[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]KPBKL[/dropcap]

Online, 25 Ogos 2019- Selamat datang pelajar baharu ke Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (MAIWP) bagi pengambilan sesi Ogos 2019. Pendaftaran pelajar baharu ini melibatkan dua program iaitu Program usahasama UiTM (Diploma Perakaunan, Diploma Pengurusan Perniagaan, Pra Perdagangan) dan LCCI Accounting.

YBhg. Prof. Dato’ Dr. Noor Inayah Ya’akub, Rektor Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (MAIWP) turut hadir semasa sesi pendaftaran sedang berlangsung dan beliau. telah memberi ucapan aluan dan beramah mesra bersama ibubapa dan pelajar baru sesi ini.

[gdl_gallery title=”20190825″ width=”900″ height=”500″ ]

Lain-Lain Berita

YBHG. DR. RUZIAH BINTI GHAZALI

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”

Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.

Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.