Sejumlah RM 107,637.75 Zakat Perniagaan Dibayar Oleh Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL)

Sejumlah RM 107,637.75 Zakat Perniagaan Dibayar Oleh Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL)

PUTRAJAYA – Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) membayar sejumlah RM 107,637.75 zakat perniagaan kepada Pusat Pungutan Zakat (PPZ) sebagai sokongan serta komitmen KPBKL dalam membantu mereka yang kurang berkemampuan bagi memperolehi manfaat yang sewajarnya, disalurkan melalui PPZ kepada para asnaf.

KPBKL diwakili oleh Tuan Haji Zuri Zabuddin bin Budiman, Pengerusi Lembaga Pengarah KPBKL, dan Professor Madya Dr. Haji Mohammad Firdaus Low bin Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif KPBKL.

Simbolik serahan Cek Cura bayaran zakat perniagaan berkenaan telah diadakan pada 30 November 2024 di Majlis Malam Amal Kasih Allah dan Rasul sempena Karnival Year End Zakat (YEZ) bertempat di Presint 3, Putrajaya.

Majlis ini telah disaksikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, serta pihak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

 

Tarikh:  30 November 2024

Sumber: Unit Komunikasi Korporat

 

Lain-Lain Berita

YBHG. DR. RUZIAH BINTI GHAZALI

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”

Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.

Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.