[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]KPBKL[/dropcap]
Online, 13 September 2019 – Tahniah kepada YBhg. Prof. Dato’ Dr. Noor Inayah Binti Ya’akub, Rektor Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (MAIWP) atas penganugerahan sebagai Tokoh Maal Hijrah Kategori Ilmuwan Wilayah Persekutuan sempena sambutan Maal Hijrah 1441H/2019M Peringkat Wilayah Persekutuan. Majlis sambutan Maal Hijrah ini telah diadakan di Dewan Serbaguna Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pagi tadi. YB Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah merasmikan majlis ini dan menyampaikan anugerah kepada penerima tokoh-tokoh Maal Hijrah ini.
Pemilihan tokoh-tokoh Maal Hijrah ini adalah berdasarkan kepada daya kepimpinan dan teladan, sumbangan kepada masyarakat, sumbangan kepada organisasi dan sumbangan peringkat negeri. YBhg. Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad yang merupakan Imam Besar Masjid Negara telah dinobatkan sebagai Tokoh Utama Maal Hijrah Wilayah Persekutuan 2019, manakala tiga penerima Anugerah Khas lain ialah Tuan Hj Abdul Halim bin Abdullah (Penerima Anugerah Tokoh Imam), YBhg. Dato; Muhammad Chan bin Abdullah (Penerima Anugerah Tokoh Korporat), Puan Hajah Sitaton bt Haji Osman (Penerima Anugerah Tokoh Pendakwah).
Turut hadir dalam majlis ini adalah YBhg. Dato’ Hj. Razali bin Hj. Shahabudin, Pengerusi Lembaga Pengarah KPBK, barisan pengurusan tertinggi KPBKL, 20 orang warga kerja KPBKL dan 40 orang pelajar. Kami di KPBKL berasa bangga atas penganugerahan ini dan semoga di bawah kepimpinan YBHG. Dato’ Rektor KPBKL atas terus melakar kecemerlangan.
[gdl_gallery title=”20190913″ width=”900″ height=”500″ ]