[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]KPBKL[/dropcap]
Online, 29 Julai 2019 – International Fatwa and Halal Centre (iFFAH)-Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) telah menganjurkan Muzakarah Wakaf Antarabangsa 2019 yang bertemakan “Dinamika Wakaf Membangun Kelestarian Ummah” hari ini di Hotel Fraser Place Puteri Harbour, Johor.
Muzakarah Wakaf Antarabangsa 2019 ini diadakan bertujuan untuk membincangkan lebih mendalam mengenai wakaf dari pelbagai aspek termasuk pengurusan wakaf, perundangan, inovasi wakaf, wakaf pendidikan dan lain-lain lagi. Seramai 21 orang pembentang telah terlibat dalam program ini.
Kami di KPB (MAIWP) melahirkan rasa bangga apabila Rektor Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (MAIWP), YBhg. Prof. Dato’ Dr. Noor Inayah Ya’akub dipilih untuk memberi ucaptama bagi Muzakarah Wakaf Antarabangsa 2019 bertajuk Ekosistem Wakaf Pendidikan Tinggi: Minimakan Golongan B40. Tahniah Dato’!
Dalam program ini juga , Timbalan Rektor (Akademik & Penyelidikan) KPBKL (MAIWP) , Dr. Mohamad Fitri bin Mohamad Yusoff turut membentangkan kertas kerja beliau bersama Ustaz Mohd Syakir bin Mohd Taib yang bertajuk Promosi Waqaf: Elemen Ihsan dan Amanah.
Program ini telah dirasmikan oleh YB Tuan Haji Tosrin Jarvanthi, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar Negeri Johor. Turut hadir dalam program ini adalah barisan pengurusan tertinggi KPBKL (MAIWP).
[gdl_gallery title=”20190729-01″ width=”900″ height=”500″ ]