Rektor KPB Penceramah Utama dalam Simposium – The Role of Endowment in Supporting and Funding Education di Oman

Rektor KPB Penceramah Utama dalam Simposium – The Role of Endowment in Supporting and Funding Education di Oman

[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]KPBKL[/dropcap]

Online, 23 October 2019 – Nama Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPB MAIWP) terus gah di persada antarabangsa apabila Rektor KPB MAIWP, YBhg. Prof. Dato’ Dr Noor Inayah Ya’akub, diundang khas selaku Penceramah Utama, sebaris dengan Ulama’ dari Arab Saudi dan Turki, di Simposium – The Role of Endowment in Supporting and Funding Education di Kempinski Hotel Muscat, Oman.

YBhg. Prof. Dato’ Dr Noor Inayah Ya’akub juga merupakan salah seorang Pakar Rujuk terkemuka di Malaysia dalam bidang Wakaf, menerima undangan istimewa dari Sultanate of Oman dengan pembiayan ditaja sepenuhnya oleh Kingdom of Oman.
YBhg. Rektor turut membentangkan tajuk Proposed Governance of Waqf and Endowment Sustainability of Universities in Malaysia di simposium tersebut dengan membawa nama KPB MAIWP dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Turut hadir di simposium ini ialah HE Dr. Said bin Hamed Al Rubaii – Secretary General of the Education Council, Sheikh Dr. Kahlan bin Nabhan Al Kharusi – the Assistant Grand Mufti of Oman, Professor Dr. Baris Tan – Operations Management and the Vice President for Academic Affairs, Koç University, Turkey, HE Dr. Khalid bin Saad Al-Qahtani – Secretary General of Awqaf of King Saud University, Saudi Arabia, Eng. Saleh bin Mohamed Al Shanfari – CEO, Oman Food Investment Holding Co. (S.A.O.C), HH Sayyid Dr. Adham bin Turki Al Said Sultan Qaboos University Oman, Hon. Dr. Badria Ibrahim Khalfan Al Shihi – Director, Center for Preparatory Studies, Assistant Professor of Applied Chemistry, College of Science, Member of State Council.

Lain-Lain Berita

YBHG. DR. RUZIAH BINTI GHAZALI

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”

Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.

Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.