[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]IPB[/dropcap]
Online, 11 Julai 2018 – Institut Profesional Baitulmal (IPB) telah turut serta dalam memeriahkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri & Subsidiari 2018 peringkat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Majlis ini dimeriahkan dengan kehadiran hampir 3000 tetamu yang berlangsung di Dewan Kompleks Darul Kifayah.
Majlis yang bermula pada 10.00 pagi itu merupakan anjuran bersama Badan Kebajikan Kakitangan MAIWP, dan anak-anak syarikat yang bernaung di bawah MAIWP. Sehubungan itu, majlis ini telah menjadi platform untuk mengeratkan silaturrahim di antara seluruh warga MAIWP, anak-anak syarikat dan pihak industri luar dalam suasana yang sungguh muhibah.
Sebanyak 15 buah gerai dengan 50 jenis juadah tersedia untuk dinikmati para tetamu bertemakan makanan tradisi hari raya. Menu makanan Barat dan Timur Tengah serta kuih-muih tradisional turut disajikan dalam majlis ini. Menurut penganjur, setiap gerai menyajikan menu yang berbeza dan diterajui oleh pelbagai jabatan di MAIWP.[quote align=”center” color=”#999999″]“Setiap tahun sememangnya setiap jabatan, kita pastikan akan berpeluang menyajikan menu yang berbeza dari tahun sebelumnya kerana kita akan dapat rasai keunikan rasa serta persembahan hiasan gerai yang mereka tonjolkan”.[/quote]
.
Hadir merasmikan majlis tersebut, Y.B Puan Hajah Fauziah binti Salleh, Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Beliau telah memuji kesungguhan yang ditunjukkan kakitangan, warga dan anak-anak syarikat MAIWP dalam sambutan hari raya pada kali ini.
“Saya berpeluang untuk melawat setiap gerai yang terdapat di sini dan memuji kesungguhan para kakitangan menjadikan majlis hari ini bermakna”.
Majlis berakhir sekitar 4.00 petang dan pihak MAIWP telah merakamkan jutaan terima kasih kepada para tetamu dan pihak penganjur yang bertungkus lumus dalam melaksanakan dan menjayakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri MAIWP tahun 2018.
[gdl_gallery title=”11072018″ width=”900″ height=”500″ ]