Pusat Wakaf Intelek Terima 2 Set Komputer Meja Untuk Pelajar

Pusat Wakaf Intelek Terima 2 Set Komputer Meja Untuk Pelajar

“Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah SWT ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi 100 biji.
Dan (ingatlah), Allah SWT akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya , dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.” – (Surah Al-Baqarah: Ayat 261)

[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]KPBKL[/dropcap]

Online, 21 Januari 2020 Syukur ke hadrat Allah SWT, Pusat Wakaf Intelek telah menerima 2 set komputer meja untuk dimanfaatkan kepada para pelajar pada 21 Januari 2020 yang lalu. Akad Pemberian telah diwakili oleh En. Muhammad Aiman dan En. Awang Umaral Khattab daripada Konsortium Sinergi Ulung Sdn. Bhd (JomwaQaf.com) dan akad penerimaan pula , diwakili oleh Ustaz Mohd Izzat , Puan Wan Aitun dan En.Asrad daripada Pusat Wakaf Intelek KPBKL-MAIWP .

Semoga segala urusan dan usaha ini mendapat keredhaan Ilahi. Terima kasih kepada lebih kurang 40 orang pewakaf dalam menjayakan misi wakaf komputer ini.

Terima kasih JomwaQaf.com
Terima kasih para pewakaf yang budiman.
[quote align=”center” color=”#999999″]Jom Berinfaq & Berwakaf Dengan KPBKL-MAIWP…Wakaf Pilihan Anda[/quote]
#wakafroadtoJannah
#wakafforpahala
Harta Allah, manfaat untuk semua.
Ingat wakaf ingat PWI

Lain-Lain Berita

YBHG. DR. RUZIAH BINTI GHAZALI

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”

Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.

Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.