[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]KPBKL[/dropcap]
Online, 12 Oktober 2019 – Bagi mendapatkan khidmat nasihat dan bimbingan berkenaan pelaburan wakaf, promosi wakaf, pelaporan wakaf, pengurusan wakaf, infaq dan zakat, Pusat Wakaf Intelek KPB MAIWP telah mengadakan perbincangan bersama wakil-wakil dari Bank Islam petang tadi.
Perbincangan yang telah berlangsung selama 2 jam itu antara lain turut membincangkan tentang peluang kerjasama di dalam Projek Wakaf dan Program Khidmat Masyarakat. Bank Islam di wakili oleh Ustaz Mohd Nazri Chik, Ketua Pegawai Syariah, Encik Ahmad Fahmi bin Mohd Yusop dan Encik Nik Abdul Aziz. Manakala KPB MAIWP diwakili oleh Rektor, YBhg, Prof. Dato’ Dr. Noor Inayah Ya’akub, barisan Pengurusan Tertinggi dan wakil-wakil dari Pusat Wakaf Intelek.