Pusat Pengurusan Bakat anjur Bengkel The Good, The Bad and The Ugly

Pusat Pengurusan Bakat anjur Bengkel The Good, The Bad and The Ugly

[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]KPBKL[/dropcap]

Online, 27 Ogos 2019 – Pusat Pengurusan Bakat Kolej Profesional Baitulamal Kuala Lumpur (MAIWP) telah menganjurkan Bengkel The Good, The Bad and The Ugly Siri Pertama hari ini dari 8.30 pagi hingga 4.00 petang. Seramai sembilan orang warga kerja pentadbiran KPBKL (MAIWP) telah terlibat dalam bengkel ini. Tujuan penganjuran bengkel ini adalah cadangan untuk penambahbaikkan tadbir urus KPBKL (MAIWP).

Bengkel ini telah disampaikan oleh Encik Kamarul Azhar Abd Rahman, Pengarah Pusat Pengurusan Bakat KPBKL (MAIWP). YBhg. Prof. Dato’ Dr. Noor Inayah Binti Ya’akub, Rektor KPBKL (MAIWP) berkesempatan meluangkan masa untuk bersama dalam bengkel ini.

[gdl_gallery title=”20190827″ width=”900″ height=”500″ ]

Lain-Lain Berita

YBHG. DR. RUZIAH BINTI GHAZALI

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”

Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.

Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.