No. Rujukan Program | KPT/JPS[N/0413/3/0001]:MQA/PA 15972 (02/28)/td> |
Tahap Program | Sijil / Tahap 3 Kerangka Kelayakan Malaysia (KKM)/td> |
Bidang Program | 0413-Islamic Banking and Finance |
Bahasa Pengantar | Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris |
Kaedah Penawaran | Kuliah dan Tutorial |
Skim Pengajaran | Sepenuh Masa |
Kaedah Pengajaran | Kuliah, Tutorial dan Makmal |
Kredit Bergraduat | 60 kredit |
Tempoh Pengajian | 1 tahun 6 bulan (4 Semester) |
Sijil Aplikasi Muamalat (SAM) diperkenalkan di Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) adalah satu program persediaan yang ditawarkan kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) khususnya bagi mereka yang tidak memenuhi syarat minimum kemasukan ke program diploma di Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) mahupun di institusi-institusi pengajian tinggi lain.
Penawaran program sijil ini bertujuan melahirkan graduan profesional Bumiputra Muslim yang mampu menyambung pengajian ke peringkat Diploma dan ke peringkat seterusnya dalam masa yang sama menghasilkan graduan dalam bidang pengurusan patuh syariah yang memiliki daya saing untuk memenuhi keperluan majikan dan industri di Malaysia dan Antarabangsa.
Program Sijil Aplikasi Muamalat (SAM) ini menawarkan kursus – kursus yang relevan dengan keperluan semasa industri dan sesuai dengan tahap pengajian terkini. Antara kursus – kursus yang ditawarkan dalam program ini adalah:
a. Maqasid Shariah dalam Pengurusan
b. Prinsip Pengurusan Patuh Shariah
c. Pengurusan Kehartaan Islam di Malaysia
d. Pengurusan Sumber Manusia dalam Islam
Program ini bertujuan untuk melahirkan graduan yang:
*tertakluk kepada pindaan semasa
Graduan boleh menempatkan diri di industri melalui penjawatan berikut:
Graduan dalam bidang ini berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat Diploma di Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur/ mana-mana IPTA/IPTS dalam bidang Muamalat,
Kewangan Islam, Pengajian Islam dan bidang-bidang yang bersesuaian.
Waktu Operasi
Waktu Rehat
Operasi KPBKL ditutup pada hari minggu (Sabtu dan Ahad), serta pada hari cuti umum Malaysia.
Program utama yang ditawarkan oleh Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur
Program dengan usahasama Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur dan UiTM
Program bertaraf antarabangsa di bawah seliaan Sekolah Perakaunan, Pengurusan & Teknologi.
Diperkenalkan di Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur mengantikan Certified Accounting Technician (CAT)
Program khusus untuk pelajar sedang bekerja menyambung pelajaran di Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur
Kursus pendek untuk pensijilan yang dijalankan di Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur
Copyright ©kpbkl.edu.my 2024
YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”
Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.
Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.