Malaysia adalah negara yang terkemuka dalam industri halal selama sembilan tahun berturut-turut dan mendapat tempat pertama dalam Indeks Ekonomi Islam Global. Nilai keseluruhan eksport halal pada 2022 ialah RM 59.46 bilion, mewakili 7.4% daripada KDNK negara. Diunjurkan bahawa Industri Makanan Halal Malaysia akan berkembang kepada AS$ 113.2 bilion (RM500.17 bilion). Ini akan dijangka akan menambah pertumbuhan sebanyak 8.1% kepada KDNK negara.
Kerajaan menjangkakan eksport industri halal global negara melepasi sasaran RM63.1 bilion menjelang 2025. Dengan pertumbuhan ini, ia dijangka mewujudkan 700,000 peluang pekerjaan dalam Industri Halal.
Bagi menyokong pertumbuhan ini, kita memerlukan modal insan yang lebih komprehensif dan tenaga kerja yang cekap diperlukan bagi memastikan rantaian bekalan halal dan integriti produk halal sentiasa terjamin.
Seiring dengan perkembangan ini, Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) telah mengambil langkah untuk menjadi salah sebuah Penyedia Latihan Halal (PLH) yang berdaftar di bawah Lembaga Profesional Halal (HPB), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sejak 2018. Melalui pengiktirafan ini, KPBKL menawarkan dua kursus yang menggunakan modul JAKIM:
Selain dua kursus ini, kami juga menawarkan kursus pendek lain dalam pengurusan industri Halal seperti Kecekapan Halal (Halal Competency), Kesedaran Halal (Halal Awareness), Prosedur Pensijilan Halal, dan Sistem Jaminan Halal (Halal Assurance System).
Modul dalam Program Latihan Eksekutif Halal Profesional (PHETP)
Siapa yang patut menyertai kursus ini?
Jika anda ingin mendapatkan pensijilan Halal oleh JAKIM, anda harus bermula dengan pelantikan Eksekutif Halal untuk menjadi orang yang bertanggungjawab dalam memastikan perniagaan mematuhi prosedur dan proses halal. Kriteria Eksekutif Halal adalah seperti berikut:
Sekiranya pekerja yang dilantik tidak mempunyai Sijil Eksekutif Halal, pihak syarikat boleh menghantar pekerja tersebut untuk menyertai Program Latihan Eksekutif Halal Profesional dengan kami.
Pensijilan halal tidak terhad kepada industri berkaitan makanan dan minuman, ia juga terpakai kepada farmaseutikal, produk barangan pengguna, kosmetik & penjagaan diri, rumah penyembelihan, logistik, peranti perubatan dan sebarang perniagaan yang berkaitan dengan pemprosesan dan perkhidmatan yang menyasarkan umat Islam sebagai pengguna dan pelanggan.
PHETP ialah program 9 ½ hari yang akan melatih para peserta untuk menjadi Eksekutif Halal yang berwibawa. Kursus ini juga merupakan HRDC Claimable Course. Sila rujuk https://hrdcorp.gov.my/hrdcorp-claimable-courses untuk maklumat lanjut tentang matriks kos yang dibenarkan untuk perbelanjaan lain.
Waktu Operasi
Waktu Rehat
Operasi KPBKL ditutup pada hari minggu (Sabtu dan Ahad), serta pada hari cuti umum Malaysia.
Program utama yang ditawarkan oleh Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur
Program dengan usahasama Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur dan UiTM
Program bertaraf antarabangsa di bawah seliaan Sekolah Perakaunan, Pengurusan & Teknologi.
Diperkenalkan di Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur mengantikan Certified Accounting Technician (CAT)
Program khusus untuk pelajar sedang bekerja menyambung pelajaran di Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur
Kursus pendek untuk pensijilan yang dijalankan di Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur
Copyright ©kpbkl.edu.my 2024
YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”
Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.
Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.