Diploma Perakaunan (DAcc)

Diploma Perakaunan (DAcc)
No. Rujukan MQA KPT/JPS[N/0411/4/002]:MQA/PA15046(04/27)
Tahap Kursus Diploma /Tahap 4 Kerangka Kelayakan Malaysia (KKM)
Bidang Program 0411 – Accounting, auditing and taxation
Bahasa Pengantar Bahasa Malaysia dan English
Kaedah Pengajaran Konvensional
Mod Program Sepenuh masa
Kaedah Pengajaran Kuliah dan tutorial
Kredit Bergraduat 91 kredit
Tempoh Pengajian 2 Tahun 6 Bulan (7 Semester)

 

Marsuraidi Bin Maturidi
marsuraidi@kpbkl.edu.my

Diploma Perakaunan (DAcc) diperkenalkan di Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) bagi ambilan pertama September 2022. Sesuai dengan tujuan, objektif dan hasil pembelajaran program Diploma Perkaunan, diharapkan selepas mengikuti program ini KPBKL melahirkan graduan yang kompeten dalam bidang perakaunan selain memiliki daya saing untuk memenuhi keperluan majikan dan industri di Malaysia dan antarabangsa.

Program Diploma Perakaunan (DAcc) ini menawarkan kursus – kursus yang relevan dengan keperluan semasa sesuai dengan tahap pengajian terkini. Antara kursus – kursus yang ditawarkan adalah seperti di bawah:

  1. Perakaunan Kewangan
  2. Perakaunan Kos
  3. Perakaunan Pengurusan
  4. Percukaian
  5. Audit
  6. Prinsip Pengurusan
  7. Prinsip Ekonomi
  8. Matematik Perniagaan
  9. Teknologi Maklumat
  10. Keusahawanan

Program ini bertujuan untuk melahirkan graduan yang:

    • Mengaplikasi pengetahuan berkenaan ilmu perakaunan dalam industri berkaitan
    • Mempamerkan kemahiran praktikal dalam perakaunan
    • Menunjukkan kemahiran dan tanggungjawab sosial
    • Mengamalkan nilai, etika dan profesionalisme dengan melibatkan diri bersama masyarakat dan pihak berkepentingan
    • Menguasai kemahiran komunikasi dan mengambil peranan sebagai ketua dan mampu bekerja secara berpasukan
    • Berupaya menyelesaikan masalah dan kemahiran saintifik yang berkaitan isu perakaunan
    • Menghayati keperluan belajar sepanjang hayat dan pengurusan maklumat
    • Berupaya mengaplikasi kemahiran keusahawan sebagai nilai tambah untuk mengurus perniagaan
  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan minimum tiga (3) kepujian termasuk Matematik dan Lulus Bahasa Inggeris; ATAU
  • Lulus STPM atau setaraf, dengan minimum Gred C (NGMP 2.00) dalam mana-mana subjek dan kredit dalam Matematik  dan Lulus Bahasa Inggeris di peringkat SPM; ATAU
  • Lulus STAM dengan minimum gred Maqbul (lulus) dan kredit dalam Matematik dan lulus Bahasa Inggeris di peringkat SPM; ATAU
  • Lulus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan dan Lulus SPM dengan minimum 1 kredit dalam mana-mana subjek dengan kredit dalam Matematik dan Lulus Bahasa Inggeris; ATAU
  • Sijil atau yang setara dengannya dalam bidang berkaitan.
  • April
  • Julai
  • September
  • Yuran Pengajian dan Yuran Pendaftaran : RM
  • Yuran keseluruhan sepanjang tempoh kursus : RM
  • Yuran Penginapan Asrama : RM

*tertakluk kepada pindaan semasa

Graduan Program Diploma Perakaunan (DAcc) memiliki peluang kerjaya yang amat luas di pelbagai jabatan baik di jabatan kerajan dan swasta. Antara jabatan / unit yang bersesuaian untuk graduan DAcc bekerja merangkumi:

  • Perakaunan
  • Audit Dalam
  • Audit Luar
  • Percukaian
  • Pematuhan Cukai dan Kewangan

Jawatan yang sesuai disandang oleh graduan DAcc merangkumi :

    • Penolong Juruaudit
    • Penolong Juruaudit Dalam
    • Pembantu Akaun
    • Pegawai Akaun
    • Pembantu Pegawai Cukai
    • Kerani Akaun
    • Pembantu Pegawai Kewangan
    • Cost Accountant Assistant
    • Bank Teller

Sarjana Muda Perakaunan di Universiti Awam dan Universiti Swasta dan ACCA.

Hubungi

Waktu Operasi

  • Isnin – Jumaat : 9.00 pagi hingga 5.00 petang

Waktu Rehat

  • Isnin – Khamis : 12.30 t/hari hingga 2.00 petang
  • Jumaat: 12.45 t/hari hingga 2.45 petang

Operasi KPBKL ditutup pada hari minggu (Sabtu dan Ahad), serta pada hari cuti umum Malaysia.

Untuk maklumat yuran pengajian hubungi :
Untuk maklumat pembiayaan hubungi :
Untuk maklumat penempatan asrama :

Program Homegrown KPBKL

Program utama yang ditawarkan oleh Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur

Program Usahasama UiTM

Program dengan usahasama Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur dan UiTM

Association Of Chartered Certified Accountants (ACCA)

Program bertaraf antarabangsa di bawah seliaan Sekolah Perakaunan, Pengurusan & Teknologi.

ACCA-FIA (ACCA Foundation In Accountancy)

Diperkenalkan di Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur mengantikan Certified Accounting Technician (CAT)

Program Mod Bekerja

Program khusus untuk pelajar sedang bekerja menyambung pelajaran di Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur

Kursus Jangka Pendek

Kursus pendek untuk pensijilan yang dijalankan di Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur

YBHG. DR. RUZIAH BINTI GHAZALI

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”

Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.

Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.