Diploma Pengurusan Industri Halal (DPIH)

Diploma Pengurusan Industri Halal (DPIH)

 

No. Rujukan Program KPT/JPS[N/345/4/0889]:MQA/FA5839(12/25)
Tahap Program Diploma /Tahap 4 Kerangka Kelayakan Malaysia
Bidang Program 345 Pentadbiran dan Pengurusan (Management and administration)
Bahasa Pengantar Bahasa Melayu
Kaedah Pengajaran Konvensional
Mod Program Sepenuh masa
Kaedah Pengajaran Kuliah, tutorial, latihan ilmiah dan latihan industri
Kredit Bergraduat 91 kredit
Tempoh Pengajian 2 tahun 6 bulan (5 Semester Panjang 2 Semester Pendek)

 

Nur Salihah Buang
nursalihah@kpbkl.edu.my

Diploma Pengurusan Industri Halal (DPIH) ditawarkan untuk mendedahkan pelajar kepada cara terkini dan paling meyakinkan dalam mengurus dan beroperasi dalam industri halal.

Diploma Pengurusan Industri Halal (DPIH) mula diperkenalkan di Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) pada April 2016. Program ini dikendalikan oleh pensyarah yang berpengalaman luas dalam hal industri halal. Pelajar belajar melalui kuliah, tutorial, latihan saintifik, dan latihan industri.

“Melahirkan graduan yang cekap dalam pengurusan industri halal dan mempunyai daya saing untuk memenuhi keperluan majikan dan industri halal di Malaysia dan antarabangsa. Diploma menawarkan kursus yang relevan dengan keperluan semasa industri mengikut tahap pengajian terkini. Kursus-kursus ditawarkan adalah seperti di bawah:

a. Asas Halal dan Haram
b. Usul Fiqh
c. Pensijilan Halal
d. Sistem Pengurusan Halal
e. Pengauditan Halal
f. Kosmetik dan Farmaseutikal Halal
g. Perkhidmatan Makanan Halal
h. Rantaian Bekalan Halal
i. Penyembelihan Halal
j. Pengurusan Keselamatan Makanan
k. Asas Keusahawanan Islam
l. Pengurusan Operasi

  • Lulus SPM dengan sekurang-kurangnya 3 kepujian dalam mana-mana mata pelajaran
  • ATAU Lulus STPM sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam mana-mana pelajaran
  • ATAU Lulus STAM sekurang-kurangnya Gred Maqbul.
  • ATAU Sijil (Level 3 MQF) dalam mana-mana bidang yang berkaitan dengan minimum CGPA 2.00
  • ATAU Lulus Sijil (SKM) Tahap 3, dalam bidang berkaitan yang diiktiraf dan Lulus SPM dengan 1 kepujian
  • ATAU Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia
  • Yuran Pengajian dan Yuran Pendaftaran : RM
  • Yuran keseluruhan sepanjang tempoh kursus : RM
  • Yuran Penginapan Asrama : RM

*tertakluk kepada pindaan semasa

  • Penolong Pegawai Tadbir Agama di mana-mana Jabatan Agama Islam Negeri / Majlis Agama Islam Negeri, Pegawai Pensijilan Halal.
  • Pegawai Penguatkuasa Sijil Halal/Pegawai RND dalam Produk Halal di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
  • Penolong Eksekutif di mana-mana syarikat/firma/organisasi.

Peluang Melanjutkan Pengajian :

1. Pengurusan Halal
2. Pentadbiran Perniagaan (IPTA/IPTS)
3. Pengajian Islam (IPTA/IPTS)
4. Pengajian Muamalat (IPTA/IPTS)

Panel Penilai Luar Program

Penilai Luar (Akademik)

Dr. Zalina Binti Zakaria – Pensyarah Senior di Department of Syariah & Law, Academy of Islamic Studies di Universiti Malaya (UM). Beliau memiliki Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Undang-undang dari University of Manchester, United Kingdom. Beliau juga adalah Pengarah Pusat Penyelidikan Halal UM (UMHRC) dan ahli Korean Association of Islamic Studies, International Member, 2018 (International). Bidang kepakaran beliau adalah dalam Cosmetic Safety Regulations, Halal Laws and Regulations dan Consumer Law.

Penilai Luar (Industri)

En Mohd Azimi Bin Mohd Basri – adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda Teknologi (Kepujian) jurusan Teknologi Makanan dari Universiti Sains Malaysia (USM). Beliau mempunyai pengalaman luas dalam bidang Keselamatan Makanan & Halal di mana beliau pernah bekerja dengan pelbagai syarikat seperti Persatuan Unit Halal Jepun (JHUA), Movie Animation Park Studios – MAPS Perak, JHW Reels Resources Sdn Bhd dan banyak lagi. Kini beliau memegang jawatan sebagai Pengurus Pematuhan Kesihatan dan Keselamatan F&B di Legoland Malaysia Resort. Tanggungjawabnya ialah mengatur Program Kelulusan Pembekal untuk Legoland Malaysia Resort. Di samping itu, beliau juga bertanggungjawab untuk membangun, melaksanakan, memantau, dan menjaga Sistem keselamatan makanan dan membuat senarai semak keselamatan makanan & jaminan halal dalam makanan. Beliau juga terlibat dalam Latihan Halal (HPB & MIHA) di Pusat Penyelidikan Halal Universiti Malaya, Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL), Sekolah Perniagaan Islam Universiti Utara Malaysia (IBSUUM) dan Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin Perlis (PTSS). Beliau telah memperoleh pelbagai anugerah seperti BeSS Certification Recognition oleh KKM (untuk Legoland Malaysia Resort), tempat ke-2 untuk Pertandingan Video Keselamatan Makanan oleh Jabatan Kesihatan Johor, pengiktirafan School of Food Handler oleh KKM (untuk Legoland Malaysia Resort), Merlin Group Food Audit Keselamatan untuk tahun 2018 (HIJAU) dan banyak lagi.

Hubungi

Waktu Operasi

  • Isnin – Jumaat : 9.00 pagi hingga 5.00 petang

Waktu Rehat

  • Isnin – Khamis : 12.30 t/hari hingga 2.00 petang
  • Jumaat: 12.45 t/hari hingga 2.45 petang

Operasi KPBKL ditutup pada hari minggu (Sabtu dan Ahad), serta pada hari cuti umum Malaysia.

Untuk maklumat yuran pengajian hubungi :
Untuk maklumat pembiayaan hubungi :
Untuk maklumat penempatan asrama :

Program Homegrown KPBKL

Program utama yang ditawarkan oleh Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur

Program Usahasama UiTM

Program dengan usahasama Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur dan UiTM

Association Of Chartered Certified Accountants (ACCA)

Program bertaraf antarabangsa di bawah seliaan Sekolah Perakaunan, Pengurusan & Teknologi.

ACCA-FIA (ACCA Foundation In Accountancy)

Diperkenalkan di Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur mengantikan Certified Accounting Technician (CAT)

Program Mod Bekerja

Program khusus untuk pelajar sedang bekerja menyambung pelajaran di Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur

Kursus Jangka Pendek

Kursus pendek untuk pensijilan yang dijalankan di Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur

YBHG. DR. RUZIAH BINTI GHAZALI

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”

Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.

Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.