Diploma Pengajian Muamalat (DPM)

Diploma Pengajian Muamalat (DPM)
No. Rujukan MQA KPT/JPS[R/343/4/0174]:MQA/FA4679(03/25)
Tahap Kursus Diploma /Tahap 4 Kerangka Kelayakan Malaysia (KKM)
Bidang Program 343 – Finance, Banking, Insurance
Bahasa Pengantar Bahasa Malaysia dan English
Kaedah Pengajaran Konvensional
Mod Program Sepenuh masa
Kaedah Pengajaran Kuliah, tutorial dan latihan industri
Kredit Bergraduat 91 kredit
Tempoh Pengajian 2 Tahun 6 Bulan (7 Semester)

 

Amira Hakimah Halimi
amirahakimah@kpbkl.edu.my

Diploma Pengajian Muamalat merupakan salah satu program pengajian yang ditawarkan untuk memberi pendedahan kepada pelajar cara pengurusan dan pengendalian muamalat yang terkini dan menyakinkan. Program ini dikendalikan oleh pensyarah yang berpengalaman luas dala urusan Muamalat. Kaedah pembelajaran pelajar adalah melalui kuliah, tutorial, latihan ilmiah dan latihan industri.

Diploma Pengajian Muamalat (DPM) diperkenalkan di Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) bagi ambilan pertama April 2015. Sesuai dengan tujuan, objektif dan hasil pembelajaran program Diploma Pengajian Muamalat, diharapkan selepas mengikuti program ini, KPBKL boleh melahirkan graduan yang kompeten dalam bidang pengurusan kewangan Islam dan operasi perniagaan yang patuh syariah selain memiliki daya saing untuk memenuhi keperluan majikan dan industri di Malaysia dan antarabangsa.

Program ini bertujuan untuk melahirkan graduan yang:

  • Memahami dan menguasai ilmu pengurusan perniagaan berlandaskan Prinsip Islam.
  • Berupaya mengaplikasi ilmu pengurusan perniagaan Islam.
  • Berupaya mengenal pasti isu-isu pengurusan perniagaan Islam secara kritis serta mencadangkan penyelesaian secara kreatif.
  • Menguasai kemahiran komunikasi untuk menjelas dan mengupas isu-isu pengurusan perniagaan Islam.
  • Berupaya berkerja secara berpasukan dalam kepelbagaian latar belakang kepercayaan, agama, dan budaya.
  • Mengamalkan nilai, norma, etika, adab, dan profesionalisme dalam pengurusan perniagaan Islam.
  • Menghayati keperluan belajar sepanjang hayat dan pengurusan maklumat untuk tampil sebagai pembantu pengurus perniagaan dan pemimpin yang berwibawa.
  • Berupaya mengaplikasi kemahiran keusahawanan sebagai nilai tambah untuk mengurus perniagaan dan memimpin masyarakat Islam.
  • Berupaya mempamerkan ciri pengurus perniagaan dan pemimpin Islam yang matang dalam mendepani cabaran ummah kontemporari.
  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan sekurang-kurangnya tiga (3) Kepujian dalam mana-mana mata pelajaran dan lulus Matematik atau yang setara; ATAU
  • Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)/Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) atau yang setara; ATAU
  • Lulus Sijil (Tahap 3, KKM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf atau kelayakan yang
    setara; ATAU
  • Mana-mana kelayakan yang setaraf yang diiktiraf oleh Badan Kerajaan Malaysia. DAN
  • Lulus matapelajaran Bahasa Arab dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau yang setaraf dengannya. *Bagi calon yang tidak mempunyai kelulusan Bahasa Arab di peringkat SPM atau setara akan mengikut mata pelajaran pengukuhan Bahasa Arab di awal pengajian.
  • April
  • Jun / Julai
  • September
  • Yuran Pengajian dan Yuran Pendaftaran : RM20,948.00
  • Yuran keseluruhan sepanjang tempoh kursus : RM25,028.00
  • Yuran Penginapan Asrama : RM4,080.00

*tertakluk kepada pindaan semasa

Graduan Program Diploma Pengajian Muamalat (DPM) memiliki peluang kerjaya yang amat luas di pelbagai jabatan baik di jabatan kerajaan dan swasta. Antara jabatan / unit yang bersesuaian untuk graduan Diploma Pengajian Muamalat (DPM) bekerja merangkumi:

  • Pengurusan Kewangan
  • Pengurusan Kredit
  • Pengurusan Takaful
  • Shariah Audit
  • Hartanah & Pelaburan
  • Pemasaran & Operasi
  • Pengurusan & Pentadbiran

Jawatan yang sesuai disandang oleh graduan Diploma Pengajian Muamalat (DPM) merangkumi:

  • Pegawai kerani / Pembantu tadbir / Kerani Kanan
  • Assistant executive / junior management trainee
  • Jurujual / marketer / sales agent
  • Pembantu Eksekutif
  • Penolong Pegawai Pentadbiran
  • Pembantu Pemasaran
  • Consultant
  • Shariah Assistant Auditor
  • Penolong Pegawai Pemasaran Shariah
  • Penolong Bendahari
  • Penolong Pegawai Pembiayaan Islam & Pembangunan Produk
  • Penolong Pegawai Pengurusan & Pemantauan Kredit
  • Penolong Pegawai Pembangunan & Pembiayaan Perniagaan

Graduan Program Diploma Pengajian Muamalat (DPM) memiliki peluang untuk menyambung pengajian di mana-mana Universiti Awam dan Universiti Swasta yang ada menawarkan program:

  • Ijazah Sarjana Muda Perbankan Islam
  • Ijazah Sarjana Muda Kewangan Islam
  • Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Muamalat
  • Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Perkhidmatan Kewangan) Dengan Kepujian
  • Bachelor Of Business Administration (Hons) In Islamic Finance

Hubungi

Waktu Operasi

  • Isnin – Jumaat : 9.00 pagi hingga 5.00 petang

Waktu Rehat

  • Isnin – Khamis : 12.30 t/hari hingga 2.00 petang
  • Jumaat: 12.45 t/hari hingga 2.45 petang

Operasi KPBKL ditutup pada hari minggu (Sabtu dan Ahad), serta pada hari cuti umum Malaysia.

Untuk maklumat yuran pengajian hubungi :
Untuk maklumat pembiayaan hubungi :
Untuk maklumat penempatan asrama :

Program Homegrown KPBKL

Program utama yang ditawarkan oleh Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur

Program Usahasama UiTM

Program dengan usahasama Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur dan UiTM

Association Of Chartered Certified Accountants (ACCA)

Program bertaraf antarabangsa di bawah seliaan Sekolah Perakaunan, Pengurusan & Teknologi.

ACCA-FIA (ACCA Foundation In Accountancy)

Diperkenalkan di Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur mengantikan Certified Accounting Technician (CAT)

Program Mod Bekerja

Program khusus untuk pelajar sedang bekerja menyambung pelajaran di Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur

Kursus Jangka Pendek

Kursus pendek untuk pensijilan yang dijalankan di Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur

YBHG. DR. RUZIAH BINTI GHAZALI

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”

Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.

Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.