Program Usahasama UiTM-KPBKL anjur Program Universal Outreach

Program Usahasama UiTM-KPBKL anjur Program Universal Outreach

[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]KPBKL[/dropcap]

Online, 22 November 2019 – Pelajar usahasama UiTM – Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL), Diploma Pengajian Perniagaan Semester 5 bagi subjek MGT 361, International Business telah menganjurkan program ” Universal Outreach” yang berlatarkan budaya antarabangsa anjuran.

Program ini merupakan penilaian untuk subjek MGT 361 dan merupakan “Final Year Project” untuk program Diploma Pengajian Perniagaan. Program ini telah diadakan di Lobi Akademik, KPBKL dan dimeriahkan lagi dengan 8 buah pameran mengikut benua dunia. Antara pameran yang dipamerkan termasuklah pameran benua Eropah, Amerika Selatan, Asia dan banyak lagi. Pelbagai hidangan dan budaya untuk dicuba telah disediakan oleh setiap kumpulan bagi mewakili benua dan negara kumpulan masing-masing.

Program ini telah dipimpin oleh saudara Muhammad Noor Imran Bin Syamsul dan dibimbing oleh Puan Asiah Binti Husin selaku pensyarah bagi subjek tersebut dan dirasmikan oleh Puan Yusnifarina Yunus, Dekan Fakulti Pengajian Teknokorporat.Selain itu, program ini dianjurkan bertujuan bagi memupuk semangat kerjasama dan kepimpinan dan juga memberi pendedahan awal dalam mengurus organisasi.Program ini merupakan program yang pertama kali diadakan secara besar-besaran di kawasan kampus. Program ini diteruskan dengan Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah. Kumpulan Asia dan Ocenia telah dinobatkan sebagai juara, diikuti Kumpulan Amerika Selatan dan Kumpulan Eropah untuk tempat ketiga.

Sumber –
Nick Dzul Al-Qayyum bin Muhammad Zulkey (Pelajar DBS 5A)

Lain-Lain Berita

YBHG. DR. RUZIAH BINTI GHAZALI

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”

Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.

Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.