(B.Melayu) Program Motivasi Bersama Pak Eko Prasetyo

(B.Melayu) Program Motivasi Bersama Pak Eko Prasetyo


[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]KPBKL[/dropcap]

Online, 16 Mei 2019- Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (MAIWP) dengan kerjasama AWQAF Holdings Sdn Bhd telah menganjurkan Program Motivasi yang bertajuk Kecemerlangan KPB Adalah Kecemerlangan Warganya. Program motivasi ini telah disampaikan oleh oleh tokoh motivasi dari Indonesia iaitu Pak Eko Prasetyo, S.Psi, Psikologi, CT. NLH, CM, NLP,CI.

Program ini telah dimulakan dengan bacaan ayat suci Al-Quran oleh Ustaz Mohd Izzat Bin Mohd Abdul Shukur, diikuti ucapan kata alu-aluan oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Noor Inayah Ya’akub, Ketua Pegawai Eksekutif KPB dan ucapan oleh Tuan Hj. Sahar Mat Din , Timbalan Pengerusi AWQAF Holdings Bhd merangkap Prof. Adjung Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Pengerusi Dewan Perniagaan Melayu Islam.

[gdl_gallery title=”20190516-2″ width=”900″ height=”500″ ]

Lain-Lain Berita

YBHG. DR. RUZIAH BINTI GHAZALI

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”

Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.

Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.