[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]KPBKL[/dropcap]
Online, 12 Disember 2020 – Pelajar Diploma Syariah Islamiyah (DSI) Kelas 5B, Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) telah menganjurkan Program Mahasiswa Cakna Covid-19 bertempat di Dataran KPBKL.
Program ini diadakan bertujuan melahirkan mahasiswa yang cakna dan prihatin terhadap masyarakat sekeliling berkaitan pandemik Covid-19 sekaligus berkongsi pengetahuan kepada pelajar berkaitan langkah pencegahan rantaian Covid-19.
Menurut Ustaz Mohd Izzat bin Mohd Abd Shukur, Penasihat Program, projek ini mensasarkan program khidmat bakti pemberian pembasmi kuman (hand sanitizer) dan pelitup muka (face mask) pada staf dan pelajar KPBKL seramai 2000 orang dalam mendepani virus Covid-19.
Program Mahasiswa Cakna Covid-19 yang dikendalikan di bawah kod subjek PPW 2252 (Khidmat Masyarakat) merupakan sebahagian daripada syarat bergraduasi dan perlu diambil oleh para pelajar Diploma Syariah Islamiyah semester lima.