Program Let’s Smile Together

Program Let’s Smile Together

[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]KPBKL[/dropcap]

Online, 26 November 2019 – Pelajar usahasama UITM Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur telah menganjurkan program Let’s Smile Together di Dataran KPBKL. Majlis ini telah dirasmikan oleh Puan Nur Ain binti Zainol Abidin (Ketua Program DBS UiTM). Penganjuran program ini merupakan sebahagian daripada subjek Pengenalan Perniagaan iaitu MGT 028 dibawah pantauan Puan Nor Adibah binti Hafit yang mana ia melibatkan pelajar Pra Perdagangan ambilan September 2019.

Pelbagai aktiviti telah diadakan bermula jam 12.00 tengahari sehingga 10.00 malam. Antaranya ialah, pameran tentang kepentingan senyum dalam kehidupan, permainan kuiz , _puzzle_ menguji minda dan pertandingan bergambar bersama senyuman juga diadakan. Tujuan program ini diadakan adalah supaya pelajar sedar akan kepentingan senyuman dalam kehidupan, organisasi dan masyarakat. Bukan itu sahaja , malah satu ceramah juga diadakan bagi membincangkan tentang statistik terkini kesihatan pergigian golongan belia yang disampaikan oleh Doktor Vidhya Lakshmi dari Klinik Pergigian Kampung Pandan . Selain daripada itu juga, telah diadakan,tayangan filem bertajuk _Emoji_ sebagai pengisian riadah santai untuk pelajar.Sambutan daripada pelajar amatlah menggalakkan dan diharap usaha ini dapat diteruskan di masa hadapan.

Sumber: Setiausaha Program Let’s Smile Together 2019

Lain-Lain Berita

YBHG. DR. RUZIAH BINTI GHAZALI

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”

Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.

Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.