Program Lawatan ke RHB Investment Bank Berhad dan Bursa Malaysia, Kuala Lumpur

Program Lawatan ke RHB Investment Bank Berhad dan Bursa Malaysia, Kuala Lumpur

[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]KPBKL[/dropcap]

Online, 26 November 2019 – Seramai 18 orang pelajar Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur MAIWP dan 3 orang pensyarah penyelia yang terlibat dengan Projek Penyelidikan Ikon Zakat BPLC iaitu penyelidikan bersama Pusat Pungutan Zakat MAIWP (PPZ_MAIWP) dan Koperasi Remisier Bumiputra Berhad (KRBB) telah menyertai satu program lawatan ke RHB Investment Bank Berhad dan Bursa Malaysia, Kuala Lumpur pagi tadi.

Tujuan utama lawatan ini diadakan adalah untuk memberi pengalaman serta pendedahan awal kepada para pelajar mengenai persekitaran alam pekerjaan yang sebenar dalam sesebuah organisasi dan suasana sebenar proses pensyarikatan di Malaysia. Pelajar juga telah diberi pendedahan tentang kaedah pelaburan yang bijak supaya para pelabur peka dan mahir terhadap pelaburan yang dibuat. Ini adalah satu pengalaman yang berharga dan banyak memberi manfaat kepada para pelajar ini.

Selain lawatan ke RHB Investment Bank Berhad dan Bursa Malaysia, Kuala Lumpur para pelajar juga sebelum ini telah dibawa melawat sambil belajar ke Suruhanjaya Sekuriti Malaysia

(Sumber: Pn Farah Wahida Abd Rahman, Pengurus Seksyen Penyelidikan & Pembangunan Kurikulum)

Lain-Lain Berita

YBHG. DR. RUZIAH BINTI GHAZALI

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”

Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.

Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.