Program Kuliah Dhuha Perdana

Program Kuliah Dhuha Perdana

[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]KPBKL[/dropcap]

Online, 17 September 2019 – Pagi ini telah berlangsung Program Kuliah Dhuha Perdana di Surau Utama Istana Negara. Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Musatafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum AlMutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj berkenan berangkat ke program ini. Program ini dimulakan dengan Solat dhuha dan diteruskan dengan Kuliah Dhuha yang telah disampaikan oleh Sahibus Samahah Mufti Wilayah YBhg. Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al- Bakri bertajuk Tasawuf.

Yang Di Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong berkenan mengurniakan sumbangan kepada 40 orang anak-anak asnaf dan meluangkan masa bersama jemaah yang hadir dalam majlis santapan. Turut hadir dalam majlis ini Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) YBhg. Datuk Seri Syed Hussein Alhabshee, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) YBhg. Datuk Mohamad Nordin Ibrahim dan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Tuan Mohd Ajib Ismail.

YBhg. Prof. Dato’ Dr. Noor Inayah binti Ya’akub, Rektor Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur MAIWP di jemput hadir ke program ini selaku penerima tokoh Maal Hijrah Peringkat Wilayah Persekutuan kategori Ilmuwan. Barisan Pengurusan Tertinggi dan sembilan orang warga kerja serta 30 orang wakil pelajar KPBKL MAIWP turut hadir dalam majlis ini.

[gdl_gallery title=”20190917″ width=”900″ height=”500″ ]

Lain-Lain Berita

YBHG. DR. RUZIAH BINTI GHAZALI

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”

Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.

Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.