Program KPB Go Clean 1.0

Program KPB Go Clean 1.0

[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]KPBKL[/dropcap]

Online, 14 Disember 2019 – Bahagian Keselamatan, Kebersihan & Keceriaan, Pejabat Pendaftar Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), dan Alam Flora telah mengadakan program KPB Go Clean 1.0. Tujuan utama gotong-royong ini adalah untuk menghapuskan tempat pembiakan jentik-jentik di sekitar kawasan KPBKL dan membudayakan semangat kerjasama dalam penjagaan kebersihan di kalangan warga KPBKL.

Program ini dimulakan dengan ucapan oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Noor Inayah Ya’akub, Rektor KPB diikuti sesi taklimat bersama En. Zulfifli Pie dan En Afif Syahmi Bin Mohd Husnin. Turut hadir dalam program ini adalah Tuan Hj Zamri bin Nordin , Penolong Jurutera Kanan Pejabat Cawangan Titiwangsa, Encik Fakhruddin, wakil Alam Flora dan Encik Mazlan, Pegawai dari Jabatan Kesihatan Titiwangsa.

Lain-Lain Berita

YBHG. DR. RUZIAH BINTI GHAZALI

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”

Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.

Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.